Thursday, October 28, 2010

The Slightest Mistake

7)فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
أَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ
(11)مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ

[101: 6] Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya;
[101:7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
[101: 8] Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal baiknya;
[101:9] Maka tempat kembalinya ialah neraka “Haawiyah”
[101: 10] Dan tahukah engkau apakah neraka “Haawiyah” itu?
[101: 11] Itulah neraka yang panas membakar

                                                                             Al-Qari'ah:6-11

Begitulah kehidupan dunia..walaupun sekecil mana kesilapan atau dosa yang dilakukan,pasti akan mendapat balasan dan hitungan di akhirat kelak.Tapi,Allah Maha Pemurah..Jika dosa yang dilakukan sangat besar.maka,dengan Taubat Nasuha sahajalah dpt menyelamatkan kita drpd belenggu api neraka..
Jadi,sama-samalah kita,berusaha menghindari dari melakukan dosa walaupun sebesar zarah krn ianya pasti berada dlm pemerhatian Allah S.W.T.
Malah,perbanyakkanlah amal ibadat dan zikrullah..supaya beroleh rahmat dan  ganjaran pahala dariNya.Ibadah yg plg senang utk dikerjakan mestilah zikrullah..kita boleh berzikir setiap masa x kira tempat.Solat pula perlulah dikerjakan pd awal waktu,barulah hidup jd tenang dan lapang..lagipun,byk amalan ibadah n kebajikan boleh membawa kita ke syurga.Mesti seronokkan dpt bersama-sama dgn para bidadari dan para pemuda syurga yg bagaikn kilau mutiara..Semuanya disediakan Allah bg Hamba-hambaNya yg beriman dan bertaqwa.bersamalah kita doakan semoga kita semua mendapat keredhaan dan mendapat tempat di dlm Syurga FirdausNya..Aminn..Dan Allah lah yg lebih mengetahui...
Sebelum saya undur diri,hayatilah lirik lagu ini:


Taman Firdausi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati
Di sana tiada derita
Bahkan usia ?kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa
Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa
Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya
(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)
Haruman Raihan yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempesona
Tak tergambar hebatnya


Senilagu : Amin In-Team (Inteam Records) Senikata : Amin In-Team, Frizdan, Ustaz Pahrol Md Juoi Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Muhammad Hazamin Harun (Inteam Records) Susunan Muzik : Firdaus Mahmud



credits to: http://www.drhayei.com/2010/09/pentafsiran-surah-al-qariah-101-ayat-6.html

No comments:

Post a Comment