Tuesday, May 31, 2011

Indahnya Akhlakmu,ya Habibullah!



KISAH RASULULLAH SEBAGAI PENGAJARAN
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." 

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."



Semoga Kita juga mati sebagai Syuhada'.Allahuakbar!

Umat Islam AS desak AS tarik bantuan kepada Israel

MASSACHUSETTS, 6 Okt (IAP) - Semasa George W. Bush dan Al Gore berbalas-balas hujah mengenai Keselamatan Sosial dan dadah berjadual di dewan perbahasan Universiti Massachusetts, lebih 250 orang penunjuk perasaan berkumpul di luar dewan untuk menyuarakan isu yang tidak disoroti oleh kedua-dua calon berkenaan - keganasan yang berlaku di Timur Tengah.

Para penunjuk perasaan, yang membantah keganasan minggu ini yang dilakukan oleh rejim Israel di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Wilayah Yang Diduduki, menuntut kerajaan Ameriak Syarikat menarik balik bantuan yang diberikan kepada negara Zionis itu.

Pertempuran dan rusuhan meletus antara rakyat Palestin dengan tentera Israel berikutan lawatan Ariel Sharon ke Masjidil Aqsa minggu lepas.

Sekurang-kurangnya 54 orang telah terkorban ekoran kekacauan tersebut, kebanyakannya rakyat Palestin.

Demonstrasi yang diadakan itu dianjurkan oleh Persatuan Islam Harvard (HIS) dan Persatuan Pelajar Arab Harvard-Radcliffe (HSAS) turut disertai oleh Persatuan Islam New England, Persatuan Islam Boston dan beberapa persatuan umat Islam/Arab lain dari wilayah itu.

"Lihat," kata Samer Abu Ghazaleh dari ISB, "kami adalah sekumpulan penganut Muslim, Kristian, rakyat Amerika dari pelbagai latar belakang yang berhimpun di sini bagi menyampaikan mesej kepada para pembuat dasar AS bahawa wang cukai tidak boleh digunakan untuk menyokong perbuatan kejam kerajaan Israel."

Perhimpunan itu bertujuan menarik perhatian rakyat dan para pembuat dasar AS kepada konflik yang berlaku di Palestin, bukannya untuk menyokong mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya Presiden AS November akan datang.

Di tengah-tengah lautan baner dan sepanduk Bush, Gore dan Nader, para penyokong Palestin membawa sepanduk berbunyi, "Israel Must Respect International Law," "Sharon Hoots: Barak Shoots," dan "Helicopter vs Children: Not Fair."

SEMENTARA itu, di medan pertelingkahan di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Wilayah Yang Diduduki, senarai korban sejak 29 September sehingga 4 Okotober yang dikeluarkan, membuktikan dakwaan bahawa tentera Israel secara sengaja dan berterusan bertanggungjawab membunuh orang awam yang tidak bersenjata.

Daripada 47 orang rakyat Palestin yang terkorban sepanjang tempoh itu, hanya seorang merupakan anggota keselamatan Palestin, sementara selebihnya adalah kanak-kanak, golongan belia dan orang tua.

Berikut dikemukakan senarai rakyat Palestin yang terkorban sejak Jumaat, 29 September hingga 4 Oktober lepas;

1. Mohammad Jamal Al-Dura, 12 tahun, Al-Breij/Gaza
2. Khaled Al-Saiyouri, 17, Rafah/Tel Al-Sultan/Gaza
3. Khaled Al-Bazyan, 14, Nablus
4. Nizar Mahmoud Eida, 16, Deir Amar/ Ramallah
5. Muss'ab Aref, Jenin
6. Issam Al 'Ater, Jenin
7. Rani Abdul Fattah, Ramallah
8. Mohammad Abu Awaineh, Deir Al Balah, Gaza
9. Bassam Al Balbaisi, 45, Gaza (Pemandu ambulans)
10. Mohammad Al 'Atlee, 22, Gaza, anggota Pasukan Keselamatan Palestin 11. Sara Abdel Atheem Hassan, 18 bulan, Talfit/Nablus
12. Ahmed Ibrahim Mahmeed, Umm al Fahm
13. Rami Hatem Gara, 22 tahun, Jjith
14. Samer Tabanja, 12 tahun, Nablus
15. Yahya Farraj,17, Beit Safafa
16. Mohammad Jamal Ahmad Al-Dura (juga dikenali sebagai Rami Jamal),12 , Al Breij/Gaza
17. Iyad Khoshhoshee 18, Nablus
18. Mohammad Jaber Radi, 10, Rafah/Gaza
19. Mohammad Sami al Hummos, 15, Rafah/Gaza
20. Hussam Bakhit, 18 Balatta/Nablus
21. Mohammad Nabeel Daoud Hamed Al-Abassi, 14, Al-Bireh
22. Fahim Abu Amunah, 21, Gaza
23. Imad Ghazi Nabil, Netzarim, Gaza
24 . Jihad Al-Aloul, 15 Nablus
25. Khadra Salaymee, 56, Bethelehem
26. Mohammed Ahmed Mahmud, Umm el-Fahm
27. Wael Qatawi, 15, Nablus1. Ismail Shehdeh Ismail, 27 tahun, dari Gaza, terbunuh Ramallah
28. Rami (Ramez) Ayyash Bushnaq, 25 tahun, Kufr Manda, Galilee
29. Ahmad Ali Ahmad (An Nabrisi), Kem Pelarian, Nablus
30. Fahmi Abu Amouni, 30 tahun, Kem Pelarian Nusseyrat
31. Mahmoud Abu Obeid, 18 tahun, Gaza City
32. Omar Mahmoud Abdel Rahman Suleiman, 20 years old, Gaza City
33. Muhammad Younis Ayash Az Zama'ari, 17 tahun, Halhoul
34. Khadra Ahmad Hussein Salameh, 56 tahun, Faqu'a
35. Hussam Ismail Al Hamshari, Tulkarem
36. Ammar Khalil Al, Rifa'I, 16 tahun, Gaza
37. Arafat Abdul Jawwad AlAtrash, 20 tahun, Hebron
38. Ala Ihsein Da'oud Jaber (Barghouthi), 23 tahun, Perkampungan 'Aboud, Ramallah
39. Abdel Hamid Ta'yeh Al Zaq, Ramallah
40. Mahmoud Lutfi Massad, 24 tahun, dar Barqin, Jenin
41. Sharif Farraj Abdullah 'Ashour, 18 tahun, Rafah
42.Mohammed Fawzi, 21 tahun, dari Sawahri, Jerusalem
43.Mahmoud Al Amwassi, 23 tahun, dari Beitunia
44.Muhammad Yousef Abu 'Assi, 13 tahun, dari Beni Suhaila, Khan Younis 45.Ayman Deeb Al Louh, 21 tahun, dari Gaza
46.Muhannad Wadi' Faris Na'esi, 22 tahun, Deir Al Ghusun, Tulkarem 47.Muhammad Ghaleb Khamayseh, 20 tahun, Kufr Qana,

Hebatnya Wanita..

KEHEBATAN WANITA BERIMAN
(sinopsis bayan ma'athurat di Pakistan Januari 1992)

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh

2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali

3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti
menyapu lantai Kaabah di Baitullah

5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt
akan berkatkan rezekinya

6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh
binatang tersebut dengan doa keberkatan

7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang
dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang
mereka dengan pandangan penuh rahmat

8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad

9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat
pahala 12 tahun solat tanpa henti

10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat
pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh
maka akan mendapat pahala 7 tola perak

11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari
dan beribadat sepanjang malam

12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil

13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan
puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan
beri satu pahala ibadat Haji

14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia
akan dikira mati syahid

15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya
sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis
susu yang diberinya

16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang
menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan
puasa tanpa henti

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun,
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib
untuknya

18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba

19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika
meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan
mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang
dikehendakinya

20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya;
i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya
ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat
iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari
iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat
daripada permata yaqut

Nabi selamanya maksum

Tazkirah
Oleh
TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT


 

Erti salah bagi seorang Nabi



MEMBINCANG mengenai ijtihad Nabi s.a.w. dalam isu tawanan perang Badar, kebetulan ijtihad Nabi tidak menepati seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Bagi sebahagian orang, memang merasa amat berat untuk mengatakan bahawa Nabi s.a.w. salah, Iaitu salah dalam ijtihadnya. Kerana apabila disebut salah ertinya dosa.
Istilah dosa, salah, menyeleweng dan seumpamanya adalah bercanggah dengan iktiqad yang sebenar, kerana antara perkara yang mesti diyakini oleh kaum muslimin, bahawa Nabi s.a.w. itu maksum (terkawal dari segala dosa). Justeru itu memang tidak selesa bagi sesiapa jua untuk mengatakan Nabi salah, khususnya mengenai salah ijtihad terhadap isu tawanan perang Badar.
Sebenarnya 'salah' yang difahami oleh kebanyakan orang ialah setiap kesalahan itu berdosa, setiap yang berdosa mesti dihukum. Tetapi salah bagi Nabi s.a.w. tidak begitu. Kerana Nabi s.a.w. berijtihad berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat khas bersama para sahabat, atas agenda khusus mengenai tawanan perang Badar. Kebetulan ijtihad Nabi s.a.w. itu tidak menepati dengan apa yang Allah SWT tetapkan.
Semua perkara telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla sejak di zaman azali lagi. Setengah dari ketetapan itu sengaja Allah SWT menjadikannya sebagai suatu rahsia, tetapi sebenar kerahsiaan itu mempunyai hikmah di sebaliknya. Ia memberi ruang kepada kaum muslimin untuk menggunakan daya fikirannya, untuk berijtihad mencari penyelesaian, sebagaimana nabi s.a.w. berijtihad dalam menyelesaikan isu tawanan perang Badar itu.
Sepanjang zaman kaum muslimin akan berdepan dengan perkara-perkara baru yang tidak terdapat nas dalil. Kesempatan itu memberi ruang yang baik untuk kaum muslimin yang mempunyai syarat-syarat, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengkaji al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w.. ijmak ulama serta sumber qias bagi mencari jalan keluar.
Ketika Nabi s.a.w. berijtihad dalam isu tawanan perang, baginda tidak tahu perkara yang sebenar di sisi Allah SWT. Justeru itu Nabi mengadakan mesyuarat dengan para sahabat dan mengambil keputusan.
Dalam mesyuarat tersebut terdapat dua pandangan yang bercanggahan, pendapat pertama dari Abu Bakar As-Shiddiq yang mencadangkan supaya para tawanan itu dikenakan bayaran tebus diri. Sementara Saidina Umar Al-Khattab pula berpendapat bahawa tawanan perang itu mesti dibunuh, kerana mereka adalah terdiri dari para pemuka Quraisy yang selama ini menjadi perancang usaha khianat terhadap Nabi dan agama Islam.
Dalam keadaan Nabi s.a.w. belum ada sebarang arahan Allah SWT menerusi wahyu-Nya, maka baginda membuat keputusan yang memihak dengan pendapat Abu Bakar. Sayangnya ijtihad Nabi s.a.w. telah mendapat teguran langsung dari Allah SWT yang menegurnya; bahawa tidak layak bagi seorang Nabi mempunyai tawanan perang sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi ini. Dengan turunnya wahyu Allah Taala itu, jelaslah bahawa ijtihad Nabi s.a.w. tidak menepati dengan kehendak Allah SWT. Inilah yang daikatakan Nabi salah ijtihad. Jadi yang dimaksudan 'salah' kepada Nabi itu ialah keputusan yang diambil oleh Nabi melalui ijtihadnya, tidak menepati dengan ilmu Allah SWT. Ketidaktepatan ijtihad Nabi dengan keputusan Allah SWT, tidak menjejaskan kedudukan Nabi s.a.w.. Kerana Nabi sebelum membuat sesuatu keputusan, terlebih dahulu mengambil beberapa pandangan dari para sahabat dalam mesyuarat khas. Peristiwa salah ijtihad ini sebenarnya tidak becanggah dengan iktiqad bahawa Nabi adalah maksum (terkawal daripada dosa).
Meskipun ijtihad Nabi s.a.w. itu salah, ia tidak berdosa kepada Nabi. Kerana Nabi berijtihad dalam perkara yang belum ada wahyu Allah SWT bagi menetapkan hukumnya.
Justeru sampai bila-bilapun umat Islam yang berkelayakan dan mempunyai kemampuan dari segi ilmu, diberi hak untuk berijtihad dalam perkara yang tidak ada nash. Mereka berijtihad dengan kaedah-kaedah tertentu dengan bersusah payah dan bercermat merujuk kepada al-Quran dan juga hadith Nabi s.a.w. bagi mencapai suatu keputusan yang sesuai dan menepati dengan roh al-Quran dan sunnah.
Jika dalam keadaan demikianpun ijtihad mereka salah juga, maka di sisi Allah SWT ia tidak berdosa, kerana orang-orang yang berijtihad dengan kaedah-kaedah yang dizinkan oleh syarak, serta memenuhi syarat-syarat. mereka sebenarnya tidak tahu apa yang ada di sisi Allah SWT. Namun Allah SWT tetap menghargai kerja baik orang yang bersungguh-sungguh berijtihad bagi mengatasi masalah umat. Mereka diberi ganjaran satu pahala iaitu pahala ijtihad. Sementara mereka yang ijtihadnya menepati dengan kehendak Allah SWT, dikurniakan dua pahala iaitu pahala ijtihad dan pahala betul.
Walaupun Nabi maksum, namun baginda sentiasa beristighfar kepada Allah SWT. Nabi beristighfar setiap hari sebanyak tujuh puluh kali atau lebih. Mengapa Nabi s.a.w. beristighfar begitu banyak kepada Allah SWT, padahal Nabi adalah maksum, iaitu terhindar dari segala dosa?
Sesungguhnya umat muslimin dikehendaki supaya meneladani secara bersungguh-sungguh segala jejak Nabi, mereka dikehendaki meningkatkan tahap keilmuan dan ketaqwaan serta tahaf ibadat mereka, dari masa ke masa.
Jika orang awam dikehendaki meningkat amal mereka, maka lebih-lebih lagi bagi seorang Nabi. Semestinya Nabi s.a.w. merasa dirinya bersalah jika tiada peningkatan pada dirinya dari masa ke masa. Walaupun nabi dalam keadaan maksum, namun baginda merasa diri bersalah kepada Allah SWT, jika taraf ketaqwaannya atau ibadatnya tidak ditingkatkan dari masa ke masa. Jika tingkat ketaqwaannya hari semalam berbanding dengan hari ini masih sama, maka Nabi s.a.w. merasa dirinya bersalah kepada Allah SWT.
Sebagai insan yang bertaraf Nabi dan Rasul Allah, mestilah sudah semestinya ketaqwaannya sentiasa dipertingkatkan dalam segala hal. Namun demikian Nabi s.a.w. sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dengan banyaknya sebagai tanda pengabdiannya kepada Allah SWT sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur.
 
Sumber: Harakah

Thank You,Allah!

Assalamualaikum w.b.t,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catitdahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaika nakan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan dunia.



Wallahua'lam..

Rasulullah S.A.W...truly Qudwah Hasanah

Tawaduknya Rasulullah

Tawaduknya Rasulullah
Kisah pertama
Allah bertanya kepada pesuruh-pesuruhNya:
"Wahai Musa, siapa engkau?" Nabi Musa menjawab "Ana Kalimullah"
"Wahai Ibrahim,siapa engkau?" Nabi Ibrahim menjawab, "Ana Khalilullah"
"Wahai Isa, siapa engkau?" Nabi Isa menjawab, "Ana Ruhullah"
"Wahai Muhammad, siapa engkau?"
Nabi Muhammad dengan rendah diri menjawab, "Ana yatim".
Terus Allah menyahut, "Engkau KekasihKu, Habibullah
kisah ke-2
Rasullullah memiliki rasa cinta yang amat kepada orang miskin dan selalu duduk bersama mereka.
Baginda sellau berdoa. "Ya Allah jadikanlah aku seorang yang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang yg miskin"
kisah ke-3
Ketika bersalaman baginda tidak menarik dahulu tangannya. Kadang-kadang baginda memeluk sahabatnya dan mencium dahi mereka.
kisah ke-4
Apabila seseorang melemparinya dengan debu atau kotoran akan diucapkannya terima kasih untuk orang itu.
Kemudian baginda berdoa, "Moga-moga Allah menjauhi kamu dari sesuatu yg kamu tidak sukai"
kisah ke-5
Ketika Kaum Muslimin sibuk menggali parit sebagi kubu pertahanan utk berdepan dengan gabungan tentera2 kafir musuh, Rasulullah juga ikut bekerja
Allahu'alam

Sumber: seorang sahabat

Surat Iblis kepadamu...HAHA

Tarikah: Setiap Hari Hingga Qiamat

Hai anak Adam,

Aku nampak kau semalam seperti biasa saja memulakan kehidupan harianmu.
Kau bangun pagi tanpa melutut untuk bersembahyang. Bahkan kau tidak
meminta restu Ilahi atas rezeki yang dikurniakan, dan tidak pula sujud
sebelum kau melelapkan matamu. Sesungguhnya kau tidak bersyukur dan aku
sangat gembira dengan perbuatanmu ini. Betapa sukanya aku sebab kau
masih lagi tidak mengubah kehidupanmu. Hai bahlul, kau adalah milikku!
Ingatlah, kau dan aku telah berkawan sekian lama tapi aku masih lagi
tidak mencintaimu. Bahkan aku membencimu kerana Allah swt telah
memerintahku untuk sujud kepada bapamu Adam (as) dulu. Takkan ku lupa
peristiwa ini, tak mungkin!

Hai bahlul, ketahuilah sebenarnya Allah swt sangat menyayangimu dan Dia
mempunyai perancangan
yang baik untukmu. Tetapi kau memilih untuk mengikut jejak langkahku
dan
aku akan memastikan hidupmu porak peranda seolah kau hidup di neraka.
Ingatlah kita akan bersama untuk kali keduanya. Terima kasih aku
ucapkan
untuk sekian detik dan masa indah kita bersama .. ingkar atas perintah
Allah, melihat benda yang haram, mencaci cela sesama insan, menipu ,
mencuri, hipokrit, gosip, memfintah, tidak menghormati masjid (azan
berkumandang, kau masih lagi bermain dan sibuk mengejar dunia), tidak
menghormati orang yang tua dan lain-lain sifat mazmumah yang menjadi
hiasanku. Kau takkan begitu mudah nak melepaskan semua ini, bukan! Hai
bahlul, jomlah bersamaku dibakar dalam api neraka . Aku mempunyai
perancangan yang ngam untuk kita. Surat ini hanyalah sebagai
penghargaanku untukmu. Sebenarnya, aku ingin mengucapkan "TERIMA KASIH"
kerana kau membenarkanku menyalahgunakan dirimu dan kehidupanmu di
dunia
ini yang fana' dan sementara. Sesungguhnya kau masih lagi terlena dan
dibuai mimpi indahku!

Hai bahlul, aku tinggalkan kau sebentar sebab aku nak menyesatkan
saudaramu yang lain. Janganlah risau dan khuathir sebab aku akan balik
kepadamu dalam beberapa saat saja. Tetapi kalau kau bijak, kau tentunya
akan lari kembali kejalan Allah swt apatah lagi dengan sedikit masa
yang
tinggal dalam kehidupanmu. Bukannya tabiatku
untuk memberikan nasihat atau peringatan kepadamu, tapi dengan usiamu
yang singkat dan kau masih lagi lalai dan berbuat dosa, ishh...aku rasa
pelik dan hairan atas sikapmu!! Janganlah kau menyalahkan aku pula, aku
tetap membencimu...CUMA KAU SENDIRI YANG MEMBUAT PILIHAN UNTUK DIRIMU.


Yang menunggumu,
Iblis Laknatullah

Kita Dikatakan KEJAM sekiranya..

  10 Jenis Orang Islam Yang Kejam
    Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk
anak-anaknya dan kaum mukmin.
2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca
seratus ayat.
3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan
mendoakan ahli kubur.
5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak
sembahyang jemaah.
6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak
mahu belajar apa-apa daripadanya.
7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan
nama kawannya itu.
8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi
tidak diberi dari makanannya itu.

note: Astaghfirullah..smoga kita x tergolong dr golongan2 diatas..Sama2 muhasabah diri..

Kisah1:Bertutur Dgn Mayat

Tazkirah
Oleh
TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT


 

Nabi bercakap dengan mayat kaum musyrikin

ALLAH SWT mengirimkan seribu bala tentera dari kalangan malaikat, bukanlah untuk menghancurkan tentera musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal. Kalau atas tujuan tersebut, tidak perlu Allah SWT menghantar seribu malaikat, sebaliknya dengan satu malaikat sahajapun sudah cukup.
Sejarah mencatatkan hanya kira-kira tujuh puluh orang saja tentera musyrikin Quraisy yang terkorban, di samping sejumlah itu juga yang tertawan oleh tentera Islam pimpinan Nabi s.a.w..
Tentulah tidak padan jika seribu bala tentera malaikat yang membantu tentera muslimin di medan Badar, hanya berjaya menumpaskan tujuh puluh orang sahaja serta memberkas tujuh puluh yang lain. Jika ikut lojik akal, semestinya semua tentera musyrikin terbunuh.
Justeru itu Allah SWT menegaskan tujuan utama penghantaran seribu malaikat itu sebagaimana yang ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud:
"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal ayat 10).
Amat jelas firman Allah SWT itu, bahawa pengiriman seribu tentera malaikat ialah dengan maksud: Pertama; sebagai khabar gembira (busyro).
Dalam diri manusia, Tuhan kurniakan pelbagai perasaan, antaranya ialah perasaan gembira dan perasaan dukacita. Sememangnya manusia itu suka kepada sesuatu yang menggembirakan hati, mereka tidak suka dengan perkara-perka yang mendukacitakan.
Justeru itu sifat orang mukmin ialah suka mendatangkan perasaan gembira kepada orang lain, sifat demikian yang menyebabkan orang lain suka bermasyarakat dengan orang mukmin, kerana mereka tidak suka melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa dukacita dan meyusahkan orang lain.
Allah SWT datangkan seribu malaikat, dengan tujuan semata-mata untuk mendatangkan rasa gembira kepada Nabi s.a.w. dan kaum muslimin di medan Badar. Dengan bantuan seribu malaikat itu, pasti akan melenyapkan rasa cemas dan rasa gementar yang mungkin terbit di dalam hati, ketika menghadapi peperangan pertama itu. Apatah lagi dalam saat-saat menghadapi cabaran yang sengit, terpaksa berdepan dengan musuh tiga kali ganda, sama ada dari segi jumlah mahupun dari sudut persiapan perang.
Tujuan kedua Allah SWT kirim seribu malaikat ialah untuk memberikan rasa ketenangan di dalam hati Nabi s.a.w. serta kaum muslimin di dalam perang Badar. Apabila hati tenang akan memudahkan tugas mengatur strategi peperangan, seterusnya berdepan dengan musuh di medan perang.
Tetapi jika hati kaum muslimin dilanda resah gelisah dan penuh debar ketika menghadapi musuh yang besar, keadaan resah itulah yang menjadi sebahagian dari halangan untuk menghadapi cabaran yang hebat itu.
Melalui ayat 10 surah al-Anfal itu Allah SWT menyampaikan mesej penting bahawa kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah jua. Ini bermakna bahawa kemenangan kaum muslimin di medan Badar, bukan disebabkan bantuan dari para malaikat, sebaliknya ia datangnya dari Allah SWT sendiri. Jika ditakdirkan kemenangan berpihak kepada tentera muslimin yang kecil jumlahnya itu, pasti bahawa seribu tentera musyrikin tidak upaya mengatasinya.
'Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana' dengan Kebijaksanaan Alla SWT, yang memberikan kemenangan di medan Badar, kepada Nabi-Nya dan kaum muslimin yang berjuang menentang musuh Allah SWT dengan ikhlas dan penuh kesabaran.
Seperkara lagi yang patut direnung dan diambil iktibar ialah kehidupan alam barzah khususnya yang membabitkan tentera musyrikin yang terkorban di medan Badar.
Sesungguhnya kematian itu hanyalah suatu perpindahan, roh yang dulunya ditempatkan oleh Allah SWT di dalam jasad manusia. Terpaksa berpisah dari jasad disebabkan kematian. Namun pada hakikatnya roh itu terus hidup hingga ke hari qiamat kekal buat selamanya. Sekalipun akhirnya mereka ditakdirkan tercampak di dalam api neraka sepanjang zaman, roh terus hidup dalam api neraka yang menyala. Apatah lagi mereka yang dimasukkan ke dalam syurga, kekallah mereka untuk menikmati kehidupan dan kebahagiaan yang abadi tanpa penghujung.
Pada pandangan orang awam bahawa mati itu adalah mati, tetapi di sisi Islam mati adalah suatu kehidupan, iaitu kehidupan selepas ajal. Ataupun kehidupan setelah melalui tempoh tertentu di muka dunia, kehidupan yang sesuai dengan alam benda yang bersifat sementara.
Selepas ajal, manusia menempuh kehidupan fasa berikutnya, disebut sebagai kehidupan barzah atau kehidupan alam kubur. Kehidupan barzah adalah kehidupan roh, keadaannya amat berbeza dengan kehidupan alam jasad.
Imam Al-Ghazali membuat perbandingan tentang kehidupan roh selepas ajal, ibarat kehidupan di alam mimpi. Dalam kehidupan mimpi manusia melalui pelbagai pengalaman suka duka, masam manis dan pahit getir. Merasa bahagia dengan kehidupan yang senang, merasa derita dengan kesengsaraan. Tetapi yang merasainya hanya roh, sedangkan jasad dalam keadaannya yang sedia ada.
Kehidupan alam barzah adalah merupakan pengalaman khusus yang hanya dilalui oleh roh, keadaan jasad yang telah terpisah dari roh ibarat sangkar yang telah ditinggalkan oleh penghuninya. Jasad kehilangan fungsinya, namun roh terus hidup buat selamanya.
Peristiwa di Badar menjadi dalil tentang kehidupan roh di alam barzah, dimana mayat kuffar musyrikin telah dicampakkan ke dalam sebuah telaga yang tidak digunakan lagi. Ketika itu Nabi s.a.w. berdiri dipinggir lubang telaga tersebut, lalu Nabi bercakap dengan mayat musyrikin yang sedang bergelimpangan di dalam perigi dengan sabdanya yang bermaksud:
"Adakah kamu telah menemui kebenaran apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu?"
Saidina Umar yang mendengar Nabi s.a.w. bercakap di pinggir telaga, lalu bertanya kepada Nabi: "Adakah Nabi sedang bercakap dengan orang yang telah mati?" Nabi memperakui apa yang ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, malah Nabi menegaskan bahawa telinga orang yang hidup tidak semestinya lebih terang pendengarannya dari mereka yang telah mati. Ini bermakna bahawa orang-orang musyrikin yang dihumban di dalam lubang perigi buta itu tetap mendengar, tetapi yang mendengar bukan telinga yang melekat pada jasad yang telah menjadi mayat, sebaliknya yang mendengar ialah rohnya.
Tiada siapa yang tahu hakikat bagaimana Nabi s.a.w. bercakap dengan mayat-mayat tentera musyrikin itu. Bagaimanapun Nabi s.a.w. menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati sentiasa berlegar di sekeliling jasad mereka, mendengar segala kata-kata yang ditujukan kepadanya.

Sumber: Harakah dan seorang teman..

Segmen Muhasabah Diri~

ASSALAMUALAIKUM....
SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI....

Beberapa Petanda Susahnya Amalan Batin
1.  Ketika kita sembahyang, lahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud
dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kpd Allah, tetapi
sebenarnya di manakah hati kita (ingatan dan fikiran)? Adakah ia
juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta merasa rendah dan hina
diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada
Allah swt? Atau adakah hati kita terbang menerawang ke merata-rata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Agung yangg sedang disembah? Begitu juga ketika kita membaca Al-Quran, berselawat, berzikir, dan sebagainya lagi... adakah roh kita turut menghayatinya?

2.  Pernahkah kita merasa indah bila bersendirian di tempat sunyi
kerana mengingati Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepadaNya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatiNya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti kepadaNya?

3.  Kalau ada orang Islam yang ditimpa bencana dan berada dalam
penderitaan, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu
atau mendoakan dari jauh agar mereka mendapat pertolongan dari Allah?

4.  Pernahkah kita menghitung dosa kita, lahir dan batin? Bila
teringatkan dosa-dosa kita, adakah mudah untuk kita menangis
menyesali diri sambil memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya?

5.  Adakah kita sentiasa mengingati pada mati yang akan datang
beberapa saat saja lagi? Sebab Tuhan memang boleh buat begitu. Jadi ketika umur masih ada ini, adakah kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya?

6.  Pernahkah kita hitung berapa banyak harta kita, duit kita,
rumah kita, kereta kita, motosikal kita, perabot kita, pinggan mangkuk
kita, periuk belanga kita, kain baju kita, kasut kita, makanan kita, dan lain-lain kepunyaan kita yang melebihi dari keperluan kita sendiri
(yang halal)? Kerana yang mana berlebihan itu akan dibicara, dihisab,
ditanya, dicerca, dan dihina oleh Allah di padang Mahsyar nanti kerana
membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat?

7.  Pernahkah kita kenangkan orang-orang yang pernah kita kasari,
umpat, tipu, fitnah, hina, kutuk, dan aniaya sama ada suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, jiran dan sesiapa saja, supaya kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia ini lagi tanpa menunggu hari yg dahsyat? Senangkah kita untuk memaafkan
kesilapan orang lain dan adakah kita mudah untuk terus meminta maaf bila bersalah?

8.  Apabila kita sakit kerana ditimpakan oleh Allah, dapatkah kita
tenangkan hati kita dengan rasa kesabaran dan kesedaran bahawa
sakit adalah kifarah dosa (pengampunan dosa) atau sebagai darjat dan
pangkat di sisi Allah swt?

9.  Ketika menerima takdir yang kita rasakan tidak sesuai dengan
kehendak kita, dapatkah kita rasa redha bahawa ia adalah satu
pemberian daripada Allah yang patut untuk kita?

10.  Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahawa ia adalah
pemberian daripada Allah, lalu timbul rasa terima kasih kepada
Allah dan rasa takut kalau-kalau ia tidak dapat digunakan di jalan Allah dan berazam untuk menggunakan nikmat itu demi Allah jua?

11.  Kalau ada orang yang mengata atau mencerca kita di belakang
kita, dapatkah hati kita merasa tenang lalu kita diamkan sahaja (tanpa
rasa sakit dan susah hati serta dendam) bahkan kita memaafkan orang itu
sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab merasakan ia telah memberikan
pahala kepada kita melalui cercaannya itu?

12.  Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta
kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita mendapat pahala
menanggung kerugian itu?

13.  Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah
kita merasa gembira dan turut bersyukur serta mengharapkan kekalnya
nikmat itu bersamanya tanpa ada rasa dengki dan sakit hati dengan kejayaan org itu?

14.  Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang lain di waktu
orang itu memerlukan sesuatu yang kita juga perlukan?

15.  Adakah kita merasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa
mengharapkan apa yang tidak ada?

Susah agaknya untuk kita menjawab soalan-soalan di atas dengan
jawapan-jawapan yang sepatutnya kerana sememangnya susah seorang
buat insan biasa seperti kita untuk benar-benar menyempurnakan amalan
batin. Walau bagaimanapun kita seharusnya menyimpan niat di hati kita dan seterusnya bersungguh-sungguh bermujahadah untuk menyuburkan
amalan-amalan batin kita kerana amalan batin adalah lebih penting
dari amalan lahir.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak memandang akan rupa dan harta kamu, tetapi Dia
memandang hati dan amalan kamu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah pula yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kaum itu,
sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (hati
mereka)."
(Surah Ar-Raad: ayat 11)

Marilah kita cuba tekunkan diri untuk membersihkan dosa lahir dan
batin kita. Mari kita bermujahadah untuk itu. Mudah-mudahan Allah
menolong dan meredhai kita.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan mereka yang bermujahadah kepada jalan Kami, nescaya Kami
tunjukkan jalan-jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan
orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)

SEKIAN WAHAI SAHABAT....RENUNGILAH..DAN HAYATI...
BERILMU DAN BERAMAL..JANGAN JADIKAN DIRI KITA UMPAMA POHON RENDANG YANG TIDAK BERBUAH...
WASSALAM....

Kenapa Islam anjurkan solat jemaah?

RAHSIA SOLAT BERJEMAAH


Islam  adalah  agama fitrah yang cukup sempurna mencakupi  segenap aspek kehidupan.Setiap perkara yang telah disyariatkan didalam agama ini  mempunyai hikmah yang cukup besar disebaliknya baik di dalam bentuk maknawi mahupun di dalam bentuk ilmi kerana ia hadir daripada pencipta sekelian alam yang maha suci daripada segala  bentuk kekurangan.Sesungguhnya kitab al-Quran yang diturunkan sebagai panduan adalah petunjuk yang paling sempurna bagi  manusia melayari kehidupan sebagai khalifah-NYA di muka bumi ini.

 " Kitab Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa", maksud ayat 2:Al-Baqarah.

Antara ibadah yang disyariatkan Allah swt ialah solat berjemaah.Tentu sekali di sana terdapat fadhilat -fadhilat yang besar berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w. "Solat berjemaah itu adalah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali darjat…"
malahan ada sebahagian ulama yang mensyaratkan atau mewajibkan berjemaah dalam menunaikan solat fardhu berdasarkan beberapa nas sorih yang lain.Selain ganjaran serta fadhilat yang berbentuk maknawi ini, terfikirkah kita bahawa terdapat hikmah  lain dalam bentuk fizikal yang memberi sumbangan yang cukup besar untuk kesihatan tubuh manusia dalam menjalani kehidupan sehari-hari ?
Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah  universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang    mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat
berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadhah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif
dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut berlaku di dalam
tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.Inilah proses yang berlaku dari sudut fizik di dalam tubuh kita kerana fizik adalah bidang kajian khusus yang berkaitan dengan pergerakan dan keseimbangan alam serta proses-proses berkaitan yang berlaku disekelilingnya.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda  profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah menurut sebahagian ulama, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya' - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang
bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas  positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam penyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam pergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita.Begitu juga yang berlaku sebaliknya,jika tubuh kita mengalami kekurangan cas, ia akan menarik cas-cas  berlawanan yang berlebihan daripada tubuh rakan di sebelah kiri dan kanan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan di antara cas-cas positif dan negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas
dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak daripada cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak terlalu lama.Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya
kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah),sebanyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isyak mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat
Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malahan, amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini,
(tidak perlu diterangkan secara spesifik dari sudut ubudiah di sini).Diantaranya kita dapat menikmati udara yang cukup segar dan bersih waktu dinihari ini,untuk pernafasan dan proses respirasi tubuh kerana waktu begini adalah fatrah pertukaran di antara  proses respirasi dan fotosintesis tumbuh-tumbuhan  di mana tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oksigen yang bersih.

Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya  untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau
telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan
kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka",
maksud ayat 190-191 : Ali-Imran.


Begitulah keagungan dan keajaiban ciptaan hukum ALLAH swt. yang menjadikan alam ini.
Tiada yang tersembunyi bagi-Nya sesuatupun baik yang berada di langit mahupun di bumi walau sebesar zarah.Sewajarnya ,adalah terlebih aula bagi kita sebagai umat Islam khususnya para pengkaji agama Allah mendalami dan menghayati setiap perkara yang telah disyariatkan Islam itu sendiri dari setiap sudut guna mencapai keyakinan yang haqiqi dan menolak keraguan yang cuba dilontarkan oleh golongan musuh Islam yang sememangnya tidak mahu Islam bangkit di akhir zaman. WALLAHUA'LAM.



Disediakan oleh : Ibn.ibn.Sina

Sumber  rujukan : Internet….




----------
Seorang doktor di AMERIKA SYARIKAT telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang di temuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "PERUBATAN MELALUI AL-QURAN". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya yang digunakan adalah berteraskan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklahberpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah.

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa akkhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di wajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.


Kesimpulannya :

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal.

Justeru itu tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah bersalahan dengan kehendak mereka kerana otak tidak boleh untuk mempertimbangkan secara lebih normal.

Maka tidak hairanlah timbul bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Sama-sama kita ambil pengiktibaran. Ambillah Islam secara keseluruhan bukan sedikit-sedikit jer.

Namun apakah umat Islam sendiri berjaya menggali khazanah ilmu yang tersimpan didalam kitab suci ini  atau masih berbalah tentang perkara remeh-temeh yang membawa kepada perpecahan ummat..? Adalah suatu yang amat merugikan apabila umat Islam hari ini di labelkan sebagai lemah dan mundur serta ketinggalan dalam perkembangan zaman yang terlalu pantas.
sedangkan suatu masa dahulu merekalah ummat yang memerintah sepertiga dunia ini dengan membina hadarah yang begitu tinggi hasil daripada aqidah yang mantap serta penghayatan terhadap al-quran dan as-sunnah.

Wallahua'alam..



Sumber: dari seorang Hamba Allah..^^

Friday, May 13, 2011

kuliah DR. CINTA x bertauliah (1)

Semenjak dua menjak ni,ana dirujuk beberapa rakan berkenaan masalah hati..bahaya2..Agak pelik juga kenapa ana pula dijadikan tempat rujukan..heehe..sekadar teman mendengar masalah sahabat-sahabat,x jadi masalah,ana lagi suka..Bukankah Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa setiap manusia itu adalah bersaudara..Jadi,amat penting bagi seseorang muslim itu untuk menjaga dan menyimpan rahsia saudaranya/sahabatnya demi menjaga maruah sesama muslim..Pasti kita semua pernah dengar hadith yang feymes ini,


Sabda Rasulullah S.A.W. ,"Tidak sempurna iman seorang muslim itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri".(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu,secara langsung kita ketahui bahawa sesama Muslim itu adalah bersaudara dan langsung tak wajar sekiranya seorang Muslim itu memburuk-burukkan atau memfitnah saudaranya semata-mata kerana kepentingan DUNIA.Hakikatnya,itulah yang berlaku pada zaman sekarang,di negara sendiri..Sudah tidak takutkah manusia kepada Pencipta? Kenapa begitu? Sedangkan kita tahu AZAB Allah itu benar..Dan akan tiba suatu masa kita akan dipertanggungjawabkan keatas semua amalan kita di dunia,akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun..Ya Rabbana,ampunilah kami~~

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Siapa yang melapangkan seorang Muslim daripada satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya daripada satu kesusahan pada hari Kiamat. Siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan akhirat. Siapa yang menjaga rahsia seorang Muslim di dunia, Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Tirmizi dan ibn Majah) 


Disebabkan da lewat,ana postpone dlu ye sesi Dr.Cinta kali ni..semoga bertemu lagi di hari dan waktu yang lain~~ma'assalamah wa ilalliqa'~~


Sebagai tanda bersaudara dan persahabatan, hayati lirik lagu ini (one of my fave songs! ^^);

Sebuah Pertemuan

Album : See You D IPT
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 


Bagaikan terdengar bisikan rindu 

Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Ulang (*) 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Umrah dan Ziarah..InsyaAllah..

Alhamdulillah.setelah sekian lama,ada gak peluang update blog nyh..huhu..biasalar kehidupan pelajar,nk ada free time bkn main susah..byk komitmen n kerja yg perlu diselesaikn (mcm PM lak kn..^^)
nway,nk dipendekkan cerita..InsyaAllah,ana n keluarga ana (ma,abg n kak ipar) akan fly ke Mekah 16hb Mei ni utk menunaikan Ibadah Umrah dan termasuk pakej Ziarah under TH Travels..Alhamdulillah,ada rezeki n kelapangan utk ke sana..dah lama sebenarnya 'mengidam' nk tgk Kaabah di depan mata sendiri.Lau tgk dlm TV,rase syahdu pon ada..anda smua pun mesti rasa perasaan yg sama,kn? Kenapa ye? ana sempat 'siasat'..jum terjah~~~


ASAL USUL TANAH DALAM KEJADIAN MANUSIA


Manusia diciptakan dari pelbagai tanah.Menurut Ibnu Abbas , tanah-tanah dari bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta nabi Adam A.S. bapa keturunan semua manusia.Tanah tersebut ialah :
Tanah Baitulmuqqaddis : dijadikan kepala sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan kepala dan akal

Tanah Bukit Tursina ( Mesir) : dijadikan telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat
Tanah Iraq : dijadikan dahi sebagai tempat sujud kepada Allah
Tanah Aden ( Yaman ) : dijadikan muka sebagai tempat berhias dan kecantikan
Tanah Telaga Al- Kauthar : dijadikan mata sebagai tempat menarik perhatian

Tanah Al-Kauthar : dijadikan gigi sebagai tempat memanis-manis
Tanah Ka`abah : ( Makkah) ; dijadikan tangan kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama
Tanah ( Perancis ) : dijadikan tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak ( guna membasuh najis, air kecil atau air besar )
Tanah Khurasan ( Iran ) : dijadikan perut sebagi tempat berlapar dan diisikan makan dan minum sekadarnya

Tanah Babylon( Iraq ) : dijadikan alat kelamin ( kemaluan ) sebagai organ sekdan tempat bernafsu serta tempat yang mudah digoda oleh syaitan

Tanah Tursina ( Mesir ) :dijadikan tulang sebagai bingkai peneguh diri manusia
Tanah India : dijadikan kaki sebagai anggota untuk berdiri dan berjalan
Tanah Firdaus ( Syurga ) : dijadikan hati sebagai tempat
keyakinan,keimanandan kemahuan


Tanah Taif ( Arab Saudi ) : dijadikan lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, bersyukurdan berdoa.

Wallah hu`alam.


Subhanallah..mungkin krn itulah kita rindu pada Tanah Suci.Sebahagian dari diri kita,sebenarnya berasal dari sana.Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki ke sana..Doakan ana selamat pergi n selamat sampai..^_^
Berikut adalah jadual Umrah n Ziarah nnt..InsyaAllah..smoga smua berjalan lancar..Abg Long,Abg Ngah n Abg Cik jgn jelezzz...(^.~) ada peluang nnt,kita g sama2 yer...