Sunday, January 22, 2012




Memang semua wanita inginkan lelaki yang penyayang, pelindung dan memahami...tapi tahukah anda, jika dia memiliki kekuatan Agama, pegangan agama yang utuh, InsyaAllah, lelaki itu mempunyai semua ciri-ciri yang kita inginkan..kerana dia mengikut Sunnah Rasulullah yang sgt lemah lembut pada ister-isteri nabi..Semoga antunna bertemu cinta yang boleh membawa ke pintu syurga..^_^ Aminn..

Keep 'it' Secret..but surely, Allah knows ^^

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)



Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )




Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



Kenapa Allah temukan diriku dgn org yg salah?



♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..




Saturday, January 21, 2012

Kiter suker Vids nih!!

ni Part 1...
ni lak part 2..
pastuh..ada lak criter sal Nasyid vs kpop...Saper minat kpop angkat tangan! Anaaaaaaaaaaaaa!! hehe..tp kne ada lak batasnyerr...
yeahh..vids dakwah mcm ni la org sukerrrr....dakwah zaman moden kena bijak.tahniah kpd MrTheAllShared and the gang! truskan usaha! ^^ jzkk

Activated FB!

jeng3..Fb ana di activate blik..knaper? maleh nk criter wehh..baru je deactivate, ada jer tangan gatal g bukak fb ana n activate balik.aiyyoyoo..padayappa..lantok korg lar..
pape pun, fb tersebut akan dibataskan untuk diri sendiri dr segi penggunaannya.hurr~~
Harap lpas ni xde lg tangan2 yg gatai nk bkk fb ana tuh.

Once Tawar hati, no way to turn back


UNGU-Cinta Dalam Hati..

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu >>this line doesn't have any meaning to me
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja>>yg ni lg lar x berkait.Harommmm!!
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja


So long hati yg lama...HAI hati yg baru!!  ^^ Ahlan Wasahlan..Buku baru telahpun dibuka.
no more...

My CM

What is CM? hehe...it stands for Carry Marks. Finally, our carry marks for this current semester were out. Alhamdulillah, i got quite satisfying marks for every subject, but we haven't got our Malaysian Studies and Arabic Language's CM yet. Huu.. Always hope for the best. My Mid-Terms were also quite good, except Malaysian Studies..which i got below 15.-.- (it shows how much i don't really like SEJARAH). But that subject is quite good anyway..especially when we learn bout the Cabinet and all the Ex Officio. (ngeh2..including that tudung) Ok2..Alrite, i won't mention that..


But, so far.. i've to be more careful and pay extra attention to the subjects like MPW, FTSP, and FTSC for my final... no more time for games.. its Study time! I've loads of books and papers in front of me, but i was distracted by you, Mr. Dell.. So, please get out of my sight for at least 2 hours..Thank You. ^^


btw, these are the subjects i'll be taking for the semester:
-FTSC 1103 (intro to comp)
-FTSP 1103 (Problem solving..like computer programming)
-FTSD 1103 (Mathematics..just like add math in high school)
-FLAB 1122 (Arabic Language..All SIIUC student must know arabic anyway)
-FLEE 1112 (English..Simple Pimple Dimple English)
-MPW 1133 (Malaysian Studies..Ohoooonoooooo)


that's all for now,bubyeeee...Wassalam.

Thursday, January 19, 2012

Smile, Laugh and Freedom!

Saje-saje jer buat tajuk macam ni. Rasa mcm remaja sket an. Haha..baru lepas present tentang Computer Security and Peers Influence pagi tadi. Alhamdulillah,selesai…two presentations for today..  For the rest, thanks to HIM, semuanya berjalan lancar. Also thanks to my beloved teammates, utk ftsc,  adah, reen n syuhada, and for lab, su n ama. Luv y’all!! Yang agak terkilan, markah math yang full jatuh bedebab umpama nangka setengah busuk.Adoii…salah benda yang x masuk dek akal. Tapi xpe,dugaan Illahi..adalah tu khilaf diri, Allah nak bagi tarbiyah ataupun Allah nak tunjuk bagi azimat penguat semangat.haha..(curik lirik lagu far east)..

Yang menusuk Qalbu tu..bila presentation kumpulan ‘Kim Possible’.Nama jer mcm katun2 kan..tapi presentation dorg tentang IBU…bgaimana seorang ibu boleh melahirkan anak sehingga bila besar, kadang2 anak itu langsung x menghargai pengorbanan ibunya…Berat tuh bawak baby 9 bulan! Hebak tol ibu-ibu kita,kn? Ditambah lagi dengan video ibu melahirkan anak dan surat pengakuan seorang anak setelah ibunya meninggal dunia. Hehe..dalam sibuk orang lain berendam air mata, ada lak Mr. F ni tetibe jer keluar dr lab..kenapa? kenapa? Semua tertanya2..kesian Mr. F yg fobia tgk darah..sabar yer Mr.F..(kepada Mr. F yg mgkin sdang membaca entri ini, mintak izin pinjam nama jap)

Malam ni ada forum..Next entri,insyaAllah ana criter..^^ ma’assalamah.

Wednesday, January 18, 2012

Sahabat

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Esa, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..kebelakangan ni, ana mendapat begitu banyak input dan khabar drpd sahabat-sahabat lama dan yang selama-lamanya..Some from PLKN n some from UiTM..wahh..sounds like rhythm!! hehe..Ada yang sudah mendapat kerja, ada yang praktikal, ada yang sudah grad (syoknyerrr!!) , ada yang sudah bertemu cinta (ana bile lagi..hehe) dan mcm2 lagi lar. Apa yang ana faham, setiap orang dugaannya berbeza, mengikut tahap kemampuan masing-masing..Hampir setiap hari kita berdoa..,”Wahai Tuhanku, jgn pikulkan daku dgn bebanan yang berat sepertimana yang telah Engkau berikan kepada umat yang terdahulu.dan jgn pula pikulkan daku dgn bebanan yang tidak diri ini terdaya memikulnya..Aminn..”
Kadang-kadang,pernah juga hati ini merintih..kenapa tiba-tiba terasa sunyi,kosong,pedih..Mungkinkah kerana kurangnya cinta insan..? Atau mungkinkah jarak kita dengan Illahi semakin jauh sehingga begitu mudah syaitan menghasut dengan cinta dunia? Ana tertanya-tanya sendiri. Jika dibandingkan dengan Siti Khadijah, ana ini siapa?? Jika dibandingkan dengan Siti Fatimah, ana ini siapa?? Jika dibandingkan dengan Aisyah, ana ini siapa?? Jika dibandingkan dengan idola ana,Rabiatul Adawiyah,ana ini siapa?? Pening,sayu,resah, melanda diri..sibuk mencari cinta duniawi sehingga terlupa ada akhirat yang menanti. Kini, Alhamdulillah, ana sedang berusaha..berusaha mencari cinta abadi dan sejati.Yuupp,bkn senang, tapi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencintai DIA yang paling berhak untuk dicintai.
Ceehhh…membebel panjang lak dye.haha…Sebenarnya,ana sangat terkesan dengan kata-kata seorang kawan semasa di PLKN dahulu.”Kadang-kadang,aku Nampak ko mcm Ustazah,tp kadang-kadang x pulak.” Faham x maksudnya?? Seolah-olah ana sedang berpura-pura di hadapan orang. Sebahagian diri ana kearah akhlak yang baik, setengahnya lagi ntah la nk ckp..hanyutttt…..mungkin akan ada yang ckap,”beb,xyah dgar ckp org..ko ngn idup ko jer..” jauh di sudut hatiku..Ya,memang kadang-kadang kalau ikutkan semua orang, semua benda kita x boleh buat.Tapi kalau dari segi akhlak apa bagai ni, kena ikut Rasulullah..bkn ikut sukaaa hati je, sebab salah satu tujuan hidup adalah DAKWAH. Sampai sekarang, ana masih rasa terkesima, terkilan..kenapa semasa di PLKN dahulu, ana tak berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik non-muslim kepada Islam..kenapa sekarang baru tersedar?? Kalaulah di Mahkamah Agung Akhirat nanti mereka mendakwa ana tak menyampaikan dakwah, x ke naye ana nak menjawabnyer..maunye terasa bahang api neraka..Nau’zubillahiminzaalik! jadi,kawan-kawan ana yang non-muslim yang sgt baik hati, maafkan ana kerana selama ini tak mendorong kalian kepada Islam..And the most important thing, jgn dakwa ana di Mahkamah tu nanti. Selamilah Islam, dan anda akan rasai 2 nikmat terbesar bagi seluruh umat manusia..iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.insyaAllah.


Nak cerita pasal hari ni sebenarnya..tapi tunggulah next entri..hehe..
Salam Sayang buat saudari2ku…dan Salam Perjuangan buat para Mujahid sekalian..

Saturday, January 14, 2012

Mari belajar melukis di SketchTag!

Oh lala..hehe..saje nk wt keje..padahal assignment blambak lg ^^

http://sketchtag.com/KS910KYvlc


http://sketchtag.com/KS92g01Myi

http://sketchtag.com/KS92qIbtO6

http://sketchtag.com/KS91pXYP8E

http://sketchtag.com/KS90SybtwE

Selamat mencuba!!

Syukur,syukur,syukur..

     Alhamdulillah, dengan izin Illahi, ana dapat membulatkan tekad untuk deactivate akaun Facebook.Maaf atas segala kesulitan untuk berhubung...Masih ada nombor phone,kan? hehe...


Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ana ambil keputusan sebegitu. Sebenarnya, Facebook dah banyak me'lagho'kan ana.Mungkin bagi org lain, tidaklah me'lagho'kan, tapi bg ana sebaliknya. Harap semua juga dapat memahami diri ana yang ingin berdepan dgn final exam x lama lagi..starting 25th till 31st Jan nie..Semoga dipermudahkan..Aminn..


Ini juga salah satu paradigm shift yg ana nak lakukan pada diri sendiri. Kadang2 kita menulis komen2, status2, juga perkongsian berunsur islamik dan ilmiah, kita x tahu apa tanggapan pembaca, malah jika ada yg komen dgn pujian boleh menimbulkan rasa ujub! Na'uzubillah..minta kita dijauhkan dari sifat tersebut. di fb juga kdg2 ada org tag gambar ana, sebagai wanita, ada terselit rasa tanggungjawab di sudut hati ini utk remove tag2 tersebut supaya wajah ini x menjadi santapan org kebanyakan atau org awam. Kenapa? Ini amanah. As a muslimah, kita perlu jaga wajah, kelakuan, tingkah laku supaya satu hari nanti yang kita x tau bila, smoga yang x dipamerkan di khalayak tadi dpt menjadi sesuatu yg special buat insan bernama suami. Ana juga nk ubah pemikiran dan jadi org yang lebih baik, insyaAllah..Pabila nanti suatu hari ana rasakan kepentingan fb tu, mgkin ana akn activate balik tapi sekadar untuk perkara penting sahaja.


p/s: Pemuda pemudi Islam x boleh lagho..nanti susah nak hidupkan kembali kegemilangan kerajaan Islam. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara!

(^^,)
tata!!!!

Friday, January 13, 2012

Mengapa Islam Pilihanku..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dapat juga ana dan sodiqati menghadiri satu Forum Perdana di Masjidil Azhar,KUIS pada tanggal 12 Muharram 1433H bersamaan 7 Disember 2011. Terdetik pula dihati untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu atau input yang ana dapat sepanjang Forum tersebut. InsyaAllah,akan ana ceritakan dalam entri kali ini.


Ahli panel terdiri daripada Al-Fadhil Ustaz Rozie bin Rejab (pensyarah KUIS) dan Ustaz Ann Wan Seng dari PERKIM. Moderator pula ialah Akhi Saifullah,Presiden ALAM (Al-Azhar Members). Forum dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran dan tadabbur oleh Ustaz Rozie yang sgt menusuk qalbu ana. Sesuailah dengan title ustaz yang merupakan juara Tilawah Al-Quran Interaktif (sebuah program di TV1). Ayat yang dialunkan ialah daripada Surah Ali Imran:189-194 yang bermaksud,
"Dan kepunyaan Allah jualah kerajaan langit dan bumi, dan Allah adalah al-Qadir (Maha Kuasa) atas segala sesuatu."
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir)."
"(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesiapa yang Engkau (Allah) masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau (Allah) telah hinakan dia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang penolong.”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman (iaitu seruan): ‘Berimanlah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu’, maka kami (langsung) beriman. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan masukkan kami bersama ‘abrar’ (orang yang berbakti).”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau (Allah) telah janjikan kepada kami melalui para rasul Engkau (Allah), dan janganlah Engkau (Allah) hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau (Allah) tidak menyalahi janji.” 



 Ustaz Ann Wan Seng
Ustaz Rozie bin Rejab

Pada awalnya, Ustaz Rozie membangkitkan soal akidah. dengan persoalan, Adakah kita akan tetap memilih Islam sekiranya lahir dalam keluarga bukan Islam? Kita perlu fahami Tasawwur Islam, bukan melalui org Islam. Kerana sesetengah org Islam tidak mengambil Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan mereka. Agama yang kita anuti sekarang, iaitu ISLAM adalah tidak bertentangan dengan akal, fitrah perangai keinginan manusia, serta teori-teori yang tidak mustahil untuk dipraktikkan. Sebagai contoh, Islam tidak menghalang kita berkahwin meskipun kita ingin beribadat dengan sepenuh hati, tidak seperti agama lain. pope,sister,sami dan sebagainya tidak dibenarkan berkahwin, walhal perkahwinan itu lumrah, perasaan menyayangi adalah lumrah setiap manusia di dunia ini. Pernah juga seorang katolik mendatangi seorang ustaz dan bertanya,"Kenapa Islam pilihan Ustaz? Allah itu x adil.Kerana saya bukan Islam, jika saya mati, mesti akan masuk ke dalam neraka"..Jawapannya,"Sebenarnya,kamu lagi beruntung.Kalau nanti saya ditanya, bila saya masuk Islam? Matilah saya nak jawab.Tapi jika kamu masuk Islam dan ditanya diakhirat kelak,kamu ada saksi yg mengatakan kamu Islam, tarikh masuk Islam dan sebagainya. Mungkin saya sudah dekat untuk memasuki syurga, namun jika kamu tiba-tiba mendakwa saya tidak menyebarkan Islam kepada kamu, maka nerakalah saya."


(Alhamdulillah,selesai qiam dan solat subuh berjemaah di Masjidil Azhar dalam program PERSIS) ok,continue...


Ustaz Ann Wan Seng pula sudah 15 tahun menganut Islam. Pada mulanya, sememangnya beliau mendapat tentangan hebat drpada keluarga kerana mereka x memahami Islam.Mereka x paham kenapa babi, arak dan anjing haram di dalam Islam. malahan sesetengah org bukan Islam menganggap org Islam adalah terrorist, pengganas. Terdapat juga org Islam yang memperjuangkan bangsa, bukan agama. Kerana Nabi Muhammad saw menyabut "Ummati..Ummati..Ummati..." dan bukannya "bangsaku..". Ada yang agama sahaja Islam, tapi tidak memahami apa itu Islam yang sebenarnya. Beliau juga menyentuh sedikit sebanyak mengenai Hukum HUDUD. Hukum daripada Allah ini adalah yang terbaik. Org Islam ramai juga yang tidak memahami hudud (org Islam pun same..ramai je yg x paham hudud, tp nk jgk ckp pasal hudud). Hukuman Sebatan di dalam hudud bukanlah pada bahagian punggung, tetapi di bahagian belakang atas punggung supaya tak menanggung kesakitan sehingga x boleh duduk, contohnya nak duduk antara dua sujud dalam solat pun x boleh. syarat bagi hukuman rotan pula,ialah org yang merotan tidak boleh mengangkat tangannya melebihi paras bahu (bandingkan dengan hukuman rotan negara kita) dan insyaAllah kini dan selama2nya, tidak ada orang yang mati kerana sebatan di dalam Islam. bagi hukuman pancung, apabila dipancung, perlu kena pada 3 urat utama di leher supaya tidak menanggung kesakitan berpanjangan sebelum habis nyawanya, dan pancung juga bukanlah bermakna keseluruhan leher dipotong, hingga tercabut kepala dari badan. Setiap yang diperintahkan Allah ada hikmahnya. Tetapi masih ada yang berkira-kira, mengatakan hukum Allah itu zalim. Siapa yang zalim sebenarnya? Yang mengatakan Allah itu zalim sebenarnya adalah zalim kepada dirinya sendiri.

Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman,
"Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Ustaz Rozie :

  • Ramai org Islam yang salah anggap kepada ayat "La ikraha fiddin.." (al-Baqarah:156)
  • yang merosakkan agama-agama di dunia ini kebanyakannya org Yahudi. Tapi ada org Islam sendiri yang merosakkan Islam dengan menggunakan ayat ini, sedangkan ayat ini adalah merujuk kepada org bukan Islam sahaja, bukannya bermaksud org Islam bebas untuk melakukan maksiat dan sebagainya.
  • Pernah juga Ustaz ke Korea, dan di sana seorang kawan ustaz yang merupakan org Korea bertanya kenapa ustaz x makan daging di sana meskipun daging itu bukan daging babi. Dijelaskan bahawa org Islam hanya makan daging yang ketika disembelih disebutkan basmalah. Perlu juga menggunakan pisau yang tajam dan bukan dari jenis yang stainless steel ataupun yang boleh di oxidise. Ketika disembelih, perlu putus urat utama. supaya sebelum otak haiwan mati, diberi signal kepada jantung untuk mengepam darah . jadi, darah kotor akan keluar dari urat tempat disembelih tadi..Bukankah islam itu indah?
Forum diakhiri dengan penjelasan Ustaz Ann Wan Seng tentang kepentingan dakwah kerana semakin ramai yang tersesat akidahnya sehingga wujud black metal dan golongan yang makan sampah serta pelbagai lagi jenis pemujaan syaitan. Ustaz juga mempromosikan buku yang dikarangnya dan pelajar boleh dapatkan tandatangan beliau di akhir forum. ^.^

Sekian.

Monday, January 9, 2012

Cintailah Illahi~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Cinta ini kusandarkan setulusnya kepada Rasulullah S.A.W. dalam meneruskan perjuangan dakwah Baginda kepada seluruh Umat. 

Firman Allah S.W.T:
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal)."
Al-Baqarah : 165

bagaimana pula untuk mendapat kemanisan iman? Kadang-kadang hati terlalu keras untuk menerima kebenaran atau nasihat daripada seseorang. Ego yang sangat kuat boleh menyebabkan kita mundur dan selalu terkebelakang sama ada dalam hal duniawi atau ukhrawi. Apa yang patut kita benci? apa yang patut kita sayangi? 

Diriwayatkan daripada Anas bin malik "Tiga perkara apabila ada pada seseorang, maka dia mendapat kemanisan iman, dia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan dia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka."

Subhanallah, moga kita memperoleh kemanisan iman yang tiada tara..bahagia di dunia dan di akhirat. Ramai yang mencari kebahagiaan dunia, akhirnya buntu dalam pencarian. Dipamerkan kepada manusia sejagat seolah-olah dia bahagia, seperti seorang raja yang banyak harta dan dapat memperoleh segala-galanya. Rupa-rupanya sandiwara yang dipamerkan itu dapat dibaca oleh orang Mukmin yang betul-betul sudah merasai kemanisan iman, Mukmin yang jasadnya sentiasa akur pada yang Esa. Tidak perlu kereta mewah ataupun rumah yang sebesar istana untuk mengecapi Cinta sejati..Cukuplah dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya.
"carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi." 
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


Oleh itu, dalam menggapai Redha Illahi, setiap perbuatan, lafaz dan niat harus kembali kepada Allah swt. Begitu juga dalm mencintai seseorang atau dalam persahabatan. Apalah makna Uhibbuki Fillah yang selalu kita lafazkan, jika niat sebenar bukanlah untuk mencari Redha Allah. Ana sememangnya tidak layak untuk me'lecture' orang lain dengan iman dan pengalaman secebis ini. hehe..sekadar melunaskan tuntutan dakwah keatas diri. ^_^ 
renung-renungkan dan selamat beramal!! Jzkk

Dakwah ialah tanggungjawab

 Jadikan Dunia di tanganmu..Bukan di hatimu..Biar dalam hati penuh dengan Cinta kepada Akhirat,negara yang kekal abadi.
 Haha..ni takder kerja sebenarnya.Tengah cari bahan assignment,terjumpa lak cara cemane nak buat mcm ni kat fesbuk. ^^
Semoga wanita2 di luar sana, termasuklah diri ana sendiri, mendapat Cahaya Hidayah dari Illahi.Kepada yang sudah menutup aurat, semoga diberi Taufiq untuk terus Istiqamah. Kdg2 goyah juga iman, tapi begitulah manusia..Iman kita menaik dan menurun..bkn seperti para Nabi, Malaikat dan para wali.<3