Sunday, October 30, 2011

UMRAH DAN ZIARAH..Alhamdulillah..(part 2)

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih ada peluang ana menghirup udara di bumi Tuhan ini. Sempat juga mencoret kisah Umrah (part 2)..hehe..sambil-sambil dengar lagu In Team-Epilog Rindu.
   Seperti kita tahu, di Bumi Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah tidak lekang dari kunjungan pelbagai kaum dan bangsa dari serata dunia. Pernah juga ketika di luar Masjid Nabawi, ana ditegur oleh seorang wanita Pakistan (kalau x silap)..Dengan Bahasa Inggeris ana yang serba kekurangan bercampur rojak ini, ana menjawab dengan nada yang slow jer bila ditanya tentang asal negara mana."Malaysia"..(entah la dia pernah dengar ataupun tidak.tak tahulah..) Tapi itulah first encounter ana dengan warga asing..walaupun di bumi itu, ana juga warga asing. Kebanyakan warga di situ juga agak fasih berbahasa Melayu..mungkin disebabkan faktor jemaah umrah dan haji yang kebanyakannya ramai juga dari bangsa Melayu (Malaysia dan Indonesia) yang bertubuh kecil molek jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, jadi lebih mudah untuk dikenali.
  Cerita dari Masjid Nabi juga, ana dan ma lebih selesa berada di saf yang sedikit kehadapan kerana saff dibelakang akan dipenuhi anak-anak kecil yang kadang-kadang mencetuskan bunyi yang mengganggu solat. Kadang-kadang terputus juga saffnya, tapi baru-baru ni baru ana tau saf begitu adalah dibolehkan.. Di saf yang dihadapan, duduk pula bersebelahan wanita bangsa Turki..sementara menunggu iqamah solat Isyak, ana minta ma untuk mendengar hafazan ana (yang memang tak lancar tu..^^). Usai sahaja selepas itu, wanita itu tegur ana..dalam hati,"halamak! fasih tul englishnyer! takper2..wat cool jer". Lepas berbual serba sedikit dengan wanita itu, ana mendapat tahu dia juga melatih anaknya yang berumur 7 tahun kini dah hafal 3 juzu'! Subhanallah,kerdilnya diri..nak capai 3 juzu' tu, bagi ana, memang lambat lagi lar kan memandangkan ana bukannya hafizah dari kecil..dah tua ni baru sedar..hehe :) Di masjid ini juga, setiap kali habis solat fardhu berjemaah akan disusuli dengan solat jenazah.Alhamdulillah, dengan ilmu ana yang tak berapa cukup ni, dapat juga praktikkan solat jenazah di sana.
   Nak dijadikan cerita, pernah juga kami berada di saf belakang, tempat yang ramai orang-orang tua dan kanak-kanak. Disebelah kiri ana, ada seorang wanita yang bawa anak lelakinya beserta mainan perang-perang sekali..bila dah iqamah, kami pun solat la. Biasa lar budak-budak, macam-macam ragamnya. Pergi sana sini, bercakap dengan nada kuat..takper,budak kan..so,dimaafkan. Memang macam-macam ragam lagilah di tempat solat saf belakang masjidil Nabawi termasuk yang bawa baby pun ada.
  Pernah juga beralih angin ke saf tengah..sementara menunggu Azan Maghrib, kami disapa oleh sekumpulan warga arab (tak pasti dari mana). Mungkin mereka berpuasa pada hari itu. Kemudian secara tiba-tiba menghulurkan roti dan kurma kepada kami. Ucapan "syukran" saja dapat kami bagi. Alhamdulillah, ada rezeki lebih malam tu. walaupun makanan agak mewah di hotel..huu..

  Kedudukan hotel yang berdekatan dengan pintu pagar Masjid memudahkan kami untuk solat di sana setiap kali masuk waktu. Di luar pagar masjid pula penuh dengan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai rupa,bentuk,saiz,warna jubah dan sejadah..ada juga yang jual selendang. Subhanallah! meriah sungguh! Sempat jugak shopping sebelum naik ke bilik hotel.^^ di tingkat bawah hotel kami di Madinah rupa-rupanya ada shopping mall..Apalagi,kita serbu.....Macam-macam juga yang dijual.lebih kurang mall di Malaysia juga dan harganya pun boleh tahan. -.-"
   Bercakap tentang makanan pula, tak payah ulas banyak, memang cukup memuaskan hati. Mewah-mewah juga makanannya..Tahniah Tabung Haji! hehe..

Di Madinah lagi,kami dibawa melawat tempat-tempat yang cukup bersejarah. Termasuklah Perkuburan Baqi'(bagi jemaah muslimin sahaja).jemaah muslimah memang dilarang masuk ke perkuburan Baqi' kerana pernah di zaman dahulu kaum wanita yang meratap dan menangis di kawasan perkuburan. Kaum muslimat hanya dibenarkan melihat dari luar sahaja. Kami juga melawat Masjid Quba' dan sempat solat Tahiyatul masjid di sana. fadhilatnya seperti di dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan Rasullullah bersabda : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudu’) di rumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah".

Setelah itu, dibawa pula ke Masjid Qiblatain. Sejarah di sebalik masjid ini ialah ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat solat zohor berjemaah, turunnya perintah Allah supaya kiblat berpaling dari Masjidil Aqsa di Palestin ke masjidil Haram di Mekah. Dari itu, terbitlah nama Qiblatain iaitu Masjid Dua Kiblat.
Kemudian, kami dibawa ke Jabal Uhud yang pernah menjadi medan jihad para sahabat dalam mempertahankan agama Islam yang tercinta. Bukit yang kemerahan ini menjadi saksi gugurnya para syahid yang bakal menjadi penghuni syurga, termasuklah dari kalangan syahid tersebut bapa saudara baginda Rasulullah, Hamzah Asadullah. Di situ juga terdapatnya makam para syuhada'. Semoga mereka mendapat tempat yang mulia seperti yang dijanjikan Allah kepada hambaNya yang berjihad di landasan Islam. Bukit ini juga akan berada di akhirat nanti dengan jelmaan keemasan..Subhanallah!
Sinonim dengan namanya Madinah, memang tidak terlepas dari dikaitkan dengan kurma yang subur dan lazat. Kami dibawa melawat Pasar Kurma dan banyak juga yang diborong di sana. Ada dijual jus kurma, Coklat kurma, serta Kurma yang paling sedap dan mahal iaitu kurma Ajwah atau dikenali sebagai Kurma nabi.
Hari kami tidak berakhir begitu sahaja..kami juga dibawa melawat Kilang al-Quran yang terbesar di dunia. Walaupun tiada di dalam jadual lawatan, alhamdulillah, dapat juga rasa pengalaman ke kilang yang mencetak al-Quran dari yang kecil-kecil hinggalah sebesar-besar al-Quran..di tempat ini, kaum muslimin sahaja dibenarkan masuk. Selepas lawatan di dalam kilang, Setiap jemaah akan mendapat senaskhah al-Quran secara percuma. Naskhah itu boleh disedekahkan ke Masjid Nabawi kerana Masjid Nabawi hanya menerima al-Quran dari kilang tersebut sahaja.

Pada hari kedua terakhir di Madinah, ana dan ma bercadang untuk membuat Ziarah Wada' pada malam itu juga. Alhamdulillah, sempat juga masuk ke Raudhah buat kali terakhir setelah lebih kurang sejam juga beratur menunggu giliran masuk ke Raudhah..Semasa di muka pintu Raudhah, ada pula makcik ni (tidak dikenali dari mana..) menghadap kami yang sedang menunggu giliran dan kemudiannya mengangkat takbir untuk solat betul-betul menghadap kami. Semua yang ada di situ terpinga-pinga sehinggalah ada seorang wanita yang menjaga Raudhah membetulkan kiblat wanita tadi. Nak gelak, tapi tak baik pulak..kesian juga dengan makcik tu.nyanyuk agaknya..huu
Di Raudhah juga ana sempat mengucapkan salam dan selawat keatas baginda Rasulullah..kepada sesiapa yang dah meminta ana untuk menyampaikan salam kepada Baginda Rasulullah, insyaAllah, takde yang tertinggal.^^ jangan risau...Semoga kita semua berpeluang untuk ke sana.kpd yang sudah berpengalaman, semoga diberi kesempatan untuk sampai ke bumi Madinah sekali lagi.Aminn...



Sampai di sini dulu coretan Umrah dan Ziarah ana..To be continued,insyaAllah...jika panjang umur ^^
  

Minggu Jiwang's Feveret!!

Apakah mungkin dapat kita cari redha Illahi dgn cinta manusia? InsyaAllah,jika benar-benar tepat dengan syariatNya..^^ Semoga kita smua mendapat jodoh yg beriman dan soleh/solehah..Amin

Saturday, October 29, 2011

Purdah ataupun tidak??

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum w.b.t...sihat semua? moga-moga sentiasa sihat wal a'fiat,insyaAllah..
Nak berkongsi sedikt mengenai artikel yg ana temui semasa "meneroka" Masjidil Azhar,KUIS di bahagian muslimat..Artikel tersebut amat menarik perhatian ana.ini antara isi-isinya...

 Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam:

1. Mazhab Syafie’: 

Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)

2. Mazhab Hanbali: 

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Pendapat ke dua : Semua anggota.

3. Mazhab Hanafi: 
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.

Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.

4. Mazhab Maliki: 

Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.



-----menurut pendapat-pendapat ini, adalah sahih setiap Muslimat perlu menutup semua anggota, kecuali muka dan tapak tangan..tapi ana sendiri masih tertanya-tanya maksud "jika mendatangkan fitnah wajib ditutup".Apa pendapat saudara saudari sekalian? Ada dalil-dalil yang boleh dikongsikan? ^^-------





Monday, October 24, 2011

11 Kelebihan Coke..^^

Cubalah dan buktikan secara saintifik. fakta spt yg tersenarai dibawah adalah kajian saintifik yg dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke:Coca Cola...

Dlm kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya membawa 2 gallon Coke utk menghilangkan kesan darah di jalan raya apabila berlaku kemalangan. Cuba tanya pasukan Smart, Bomba, Hazardous Team, Plus Ronda atau lebuhraya,apakah yg mereka gunakan?

Cubalah aplikasikan perkara di bawah:

1. Masukkan tulang dalam 1 mangkuk yg diisi Coke, ia akan hancur dlm masa 2 hari. Elok utk peniaga sup tulang!

2. Utk mencuci tandas, masukkan setin air Coke dlm tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian "flush".Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan asid citric yg berada dlm Coke. Satu bahan gantian utk mencuci sabun yg sudah habis! Try la buat syampu badan!

3. Utk menghilangkan kesan karat drpada bumper kereta jenis chrome: lap bumper dgn aluminium foil yg dicelup dgn Coke. Kesannya,karat akn hilang!

4. Utk menghilangkan kesan "corrosion" atau hakisan pada skru/nat bateri kereta, tuang saja setin Coke pasti hakisan hilang serta merta.

5. utk melonggarkan skru yg berkarat dan ketat, tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. utk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian: tambahkan setin Coke dlm mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh mcm biasa. Kesan minyak pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dgn Coke dan lap, pasti bersih. Tidak payah guna tin sembur cuci cermin mcm yg dijual di Yawata tu kerana amat mahal! tak baik membazir

8. Bahan aktif Coke ialah phosphoric acid. Ia mempunyai pH 2.8 yg boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dlm badan yg merupakan punca utama ke arah penyakit Osteoporosis. Sila lihat lori yg membawa air sirap Coke dlm lori tangki, (bukan yg membawa Coke botol/tin) pasti dilengkapi tanda amaran "bahan kimia berbahaya" atau "bahan peghakis:bahaya". Lori tangki itu diselaputi bahan peghakis hakisan utk mengelak lori itu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya utk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh..mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh 1 tin Coke.Cuba bancuh kopi/teh dgn 18 sudu gula di rumah dan minum mesti nak termuntah tapi tambahkan citric acid, wajah pasti tersenyum. tambah pula dgn ais..wahh! Rasa mcm minum coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah utk memberi signal kpd otak bahawa air yg diminum tidak berapa manis.Lidah dan otak pun kena tipu!

10. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman coke adalah dicipta utk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan para pekerja buruh. Seperti candu masuk China dahulu. Antara isi kandungannya adalah estrak dari daun Coca (Cocaine) dan kacang Cola. Cuba rendamkan gigi (gigi yg patah, tapi kalau nak rendam gigi dlm mulut pun boleh juga) dalam 1 mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24-29 jam. Yg mana sakit gigi, cubalah cara ni.mungkin gigi tu boleh hilang! kalau anda x suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama sahaja! Anda minum Caffein, bahan yg sama terdapat dalam dua minuman tersebut.

11. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan utk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili di rumah, semburlah Coke utk bunuh serangga, Cili tu rasa pedas manis berperisa Coke agaknya?? Cubalah!

Source: Diari Muslimah Bumirestu creative sdn bhd

Saturday, October 22, 2011

new commitments in SIIUC

Manusia hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang ialah Allah SWT. Alhamdulillah, meski sudah meninggalkan laman UiTM Dungun yg dicintai, tapi kenangan-kenangan manis bersama sahabat-sahabat seperjuangan dulu takkan pernah dilupa...Buat rakan-rakan yang amat ana kasihi, renungilah bait lirik ini (sebab ana tak pandai nak susun kata-kata sendiri.hehe..);

Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat....

<3



Alhamdulillah,sudah hampir genap seminggu ana di bumi KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dlm bidang Foundation in Information Technology.Ahnyeong IT,Papai Chemical Engineering! hehe...Minggu orientasi,kuliah,tutorial semuanya berjalan dgn lancar.Cuma sedikit keboringan minggu ni.huhu..kelas selalu je batal,awal-awal sem la katakan..
Anyway,i'll be taking 7 subjects this sem.Segelintir agak mencabar, yg lain, insyaAllah,bleh skor..whatever it is,all foundation students have to maintain our pointer to 3.0 and above to ensure we get the BTR (Biasiswa Timbalan Rektor) for the next semester.-..-" ottoke?? doakan ana berjaya.Aini fighting!!! ^_^
Apa yang menarik tentang KUIS? bagi ana,persekitaran yang Islamik dengan landskap yang menarik,memang faktor utama nak lanjutkan pelajaran dekat sini. lebih-lebih lagi, setiap dua minggu ada mentoring dan Usrah..insyaAllah, dpt gak perisian yang bermanfaat.insyaAllah,KUIS akan dinaiktaraf jadi UIS tahun depan.:)

Disinilah ana akan menghabiskan umur sebagai pelajar sehingga peringkat degree,insyaAllah.SIIUC,The Catalyst of Knowledge Tradition! Daebakk!



p/s:picss around KUIS.^^