Cinta Dunia VS Cinta Akhirat

Assalamualaikum,ya qalbi! kaifa haluki?
Semoga hatiku berada dalam keadaan keimanan sentiasa.
Melihat kpd situasi ana sekarang..urmm..boleh dikatakan..bercelaru..
tetapi bahagia apabila melihat org yang disayangi bahagia. Semoga semua yg ana sayangi (family,guru2,kawan2, dan sesiapa yg pernah ana kenal) berbahagia hingga ke syurga.
Langit tak selalunya indah..mendung lak tak selalunya membawa bencana..sebab masih ada matahari disebalik awan mendung itu..
Adakah indahnya kalau diri ini memahami..yang disukai tak selalunya baik, yang dibenci tak selalunya buruk.
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Suddenly....(^^)


Tiba-tiba..rasa nak tulis nukilan.menggambarkan alam ghaib..yang akan kita tuju selepas mati..
Semoga kita semua mati di dalam Husnul Khotimah.Amin..Ya Rabb




Iman...Iman..dimanakah anda?
Ketika sedih baru mencari iman. Bila susah mencari iman... 
Bila gembira..
ditinggalkan..iman. 

Iman sayang pada kita..
Iman rindukan kita..
Tapi kita buang iman..
saat kita tertawa bersama dunia..

Tawa yang lupus
Pada saat Izrail menjemput roh..

Iman? Imann?? Kau dimana?
Selamatkan aku..!
Izrail telah datang! selamatkan..aku..
Sakitnya..peritnya..tidak terkata
Sakaratul maut telah datang

Tiba saat munkar nakir bertanya
Apa pendapatmu tentang Muhammad?

Lidah terkelu!
Muhammad? Amalanku...siapa itu Muhammad?
Amalan..dimanakah amalan?
Amalan..tolong aku..

Siapa Tuhanmu? Apa kiblatmu? Apa peganganmu?
Tuhan? Kiblat? Pegangan?
Apa itu?
Amalan..tolong aku!
Pedihnya..siksanya..sakitnya..
Azab Kubur telah datang

Dan tiba saatnya
Tika ditiup sangkakala kedua
Kuffar yang menyangka mereka tidak akan dibangkitkan
tercengang-cengang
Bagaikan hilang arah tujuan
Tiada keluhan di padang mahsyar melainkan setiap diri berkata,
"Wahai diriku yang malang,aduhai alangkah malangnya diriku"
Mati umpama tidur
Tidur umpama setengah hari
Mahsyar telah datang!

Tiada yang terasa malu pada saat itu
tiada pakaian
tiada sehelai benang pun
tapi langsung tiada yang menoleh
sibuk menghitung nasib diri

Apakah pula nasibku nanti?




Comments

Popular Posts