UMRAH DAN ZIARAH..Alhamdulillah..

Alhamdulillah,pujian dan syukurku hanya kpd Allah,Tuhan yang mencipta segala sesuatu,yg mengetahui segala yg tersembunyi,di darat,di langit, mahupun di lautan dalam..Dengan izin Yang Maha Kuasa,dpt juga ana bersama keluarga (ma,abg,n kakak ipar) mengerjakan ibadah Umrah, dan insyaAllah, yang mabrur...
kalau nk crita pasal pengalaman,10 hari x abes crite agaknyer..agaknyer la..tp apa2 pun,memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila dah menjejakkan kaki di bumi Anbiya'..sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 8 jam, hati tak henti-henti berbisik,otak x henti-henti berfikir..bagaimana agaknya keadaan di sana? Apakah sama cuacanya dgn di Malaysia? Semua persoalan terjawab apabila kami  tiba di Airport Jeddah..Lapangan Terbang Jeddah agak besar cuma tidak sebesar KLIA rasanya..Dari Airport Jeddah,kami menaiki bas yang disediakan oleh TH Travel utk ke Madinah al-Munawwarah. Syukur,alhamdulillah..perjalanan sgt lancar tanpa sebarang halangan.kami juga singgah di RnR utk menunaikan solat Jama' Maghrib dan Isya'.Setelah sampai di Madinah,kita disunatkan utk membaca doa ketika mula-mula nampak rumah-rumah di Madinah..kami dibawa menuju ke Hotel Movenpick Anwar al-Madina yang kedudukannya mmg dekat sangat dengan pintu masuk Masjid Nabawi.Alhamdulillah..kalau dah dekat ngan masjid tu maknanya memang tak de alasan la untuk tak pergi ke masjid tiap-tiap waktu.ni ada crita sket pasal Masjid Nabawi @ dikenali ngan Masjid Nabi..Jom kita terjahhh...

Sebuah Hadith Nabi ada menyebut:
"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmudzi]. Hadith diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).Kesimpulannya, adalah sangat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi  , dimana ganjarannya adalah 1000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai "kelebihan amal" dan hadith tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya.Wallahua'lam.. (sumber;www.al-hakam.net)

Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah." 


Masjid Nabi juga adalah tempat di mana bersemadinya jasad Rasulullah,termasuklah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab,barangsiapa solat di sana,pahalanya menyamai 1000 pahala,berpuasa satu hari di Madinah menyamai pahala orang mati Syuhada',satu kali solat jenazah di Masjid Nabawi,pahalnya sebesar Bukit Uhud,membaca Al Quran di masjid Nabawi,satu huruf diberi 1000 pahala,barangsiapa Solat di Taman Raudah,antara Mimbar Nabi dan Musolah Nabi(sebahagian taman-taman syurga),siapa berdoa disana akan dikabulkan..insyaAllah..


haa..bercerita pasal Raudhah..tempat yang tak asing bagi semua pengunjung Masjid Nabi. Nak diceritakan, ketika waktu melawat Raudhah bagi kaum wanita, (bahagian lelaki dibuka sepanjang masa) kelihatan begitu ramai orang dari pelbagai bangsa,warna kulit,bahasa yang berbeza, berpusu-pusu untuk masuk ke Raudhah yang sedang dikawal ketat oleh "askar-askar" wanita d bahagian muslimat.Takdirullah,walaupun dlm kesesakan yg nyata itu, terbuka di hadapan ana dan ma satu ruang yg ckup2 untuk sujud..Subhanallah,meski org yg berpusu td bagaikan lautan, dpt juga kami tunaikan solat 2 rakaat di ruang Raudhah Masjid Nabawi. Alhamdulillah....


byk lagi kenangan2 manis ana di bumi Anbiya',namun hanya sempat diceritakan di sini sahaja. insyaAllah,ana akan sambung nanti pula jika panjang umur..terasa lambaian Kaabah memanggilku lagi

Comments

Popular Posts