UMRAH DAN ZIARAH..Alhamdulillah..(part 2)

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih ada peluang ana menghirup udara di bumi Tuhan ini. Sempat juga mencoret kisah Umrah (part 2)..hehe..sambil-sambil dengar lagu In Team-Epilog Rindu.
   Seperti kita tahu, di Bumi Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah tidak lekang dari kunjungan pelbagai kaum dan bangsa dari serata dunia. Pernah juga ketika di luar Masjid Nabawi, ana ditegur oleh seorang wanita Pakistan (kalau x silap)..Dengan Bahasa Inggeris ana yang serba kekurangan bercampur rojak ini, ana menjawab dengan nada yang slow jer bila ditanya tentang asal negara mana."Malaysia"..(entah la dia pernah dengar ataupun tidak.tak tahulah..) Tapi itulah first encounter ana dengan warga asing..walaupun di bumi itu, ana juga warga asing. Kebanyakan warga di situ juga agak fasih berbahasa Melayu..mungkin disebabkan faktor jemaah umrah dan haji yang kebanyakannya ramai juga dari bangsa Melayu (Malaysia dan Indonesia) yang bertubuh kecil molek jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain, jadi lebih mudah untuk dikenali.
  Cerita dari Masjid Nabi juga, ana dan ma lebih selesa berada di saf yang sedikit kehadapan kerana saff dibelakang akan dipenuhi anak-anak kecil yang kadang-kadang mencetuskan bunyi yang mengganggu solat. Kadang-kadang terputus juga saffnya, tapi baru-baru ni baru ana tau saf begitu adalah dibolehkan.. Di saf yang dihadapan, duduk pula bersebelahan wanita bangsa Turki..sementara menunggu iqamah solat Isyak, ana minta ma untuk mendengar hafazan ana (yang memang tak lancar tu..^^). Usai sahaja selepas itu, wanita itu tegur ana..dalam hati,"halamak! fasih tul englishnyer! takper2..wat cool jer". Lepas berbual serba sedikit dengan wanita itu, ana mendapat tahu dia juga melatih anaknya yang berumur 7 tahun kini dah hafal 3 juzu'! Subhanallah,kerdilnya diri..nak capai 3 juzu' tu, bagi ana, memang lambat lagi lar kan memandangkan ana bukannya hafizah dari kecil..dah tua ni baru sedar..hehe :) Di masjid ini juga, setiap kali habis solat fardhu berjemaah akan disusuli dengan solat jenazah.Alhamdulillah, dengan ilmu ana yang tak berapa cukup ni, dapat juga praktikkan solat jenazah di sana.
   Nak dijadikan cerita, pernah juga kami berada di saf belakang, tempat yang ramai orang-orang tua dan kanak-kanak. Disebelah kiri ana, ada seorang wanita yang bawa anak lelakinya beserta mainan perang-perang sekali..bila dah iqamah, kami pun solat la. Biasa lar budak-budak, macam-macam ragamnya. Pergi sana sini, bercakap dengan nada kuat..takper,budak kan..so,dimaafkan. Memang macam-macam ragam lagilah di tempat solat saf belakang masjidil Nabawi termasuk yang bawa baby pun ada.
  Pernah juga beralih angin ke saf tengah..sementara menunggu Azan Maghrib, kami disapa oleh sekumpulan warga arab (tak pasti dari mana). Mungkin mereka berpuasa pada hari itu. Kemudian secara tiba-tiba menghulurkan roti dan kurma kepada kami. Ucapan "syukran" saja dapat kami bagi. Alhamdulillah, ada rezeki lebih malam tu. walaupun makanan agak mewah di hotel..huu..

  Kedudukan hotel yang berdekatan dengan pintu pagar Masjid memudahkan kami untuk solat di sana setiap kali masuk waktu. Di luar pagar masjid pula penuh dengan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai rupa,bentuk,saiz,warna jubah dan sejadah..ada juga yang jual selendang. Subhanallah! meriah sungguh! Sempat jugak shopping sebelum naik ke bilik hotel.^^ di tingkat bawah hotel kami di Madinah rupa-rupanya ada shopping mall..Apalagi,kita serbu.....Macam-macam juga yang dijual.lebih kurang mall di Malaysia juga dan harganya pun boleh tahan. -.-"
   Bercakap tentang makanan pula, tak payah ulas banyak, memang cukup memuaskan hati. Mewah-mewah juga makanannya..Tahniah Tabung Haji! hehe..

Di Madinah lagi,kami dibawa melawat tempat-tempat yang cukup bersejarah. Termasuklah Perkuburan Baqi'(bagi jemaah muslimin sahaja).jemaah muslimah memang dilarang masuk ke perkuburan Baqi' kerana pernah di zaman dahulu kaum wanita yang meratap dan menangis di kawasan perkuburan. Kaum muslimat hanya dibenarkan melihat dari luar sahaja. Kami juga melawat Masjid Quba' dan sempat solat Tahiyatul masjid di sana. fadhilatnya seperti di dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan Rasullullah bersabda : "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudu’) di rumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah".

Setelah itu, dibawa pula ke Masjid Qiblatain. Sejarah di sebalik masjid ini ialah ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat solat zohor berjemaah, turunnya perintah Allah supaya kiblat berpaling dari Masjidil Aqsa di Palestin ke masjidil Haram di Mekah. Dari itu, terbitlah nama Qiblatain iaitu Masjid Dua Kiblat.
Kemudian, kami dibawa ke Jabal Uhud yang pernah menjadi medan jihad para sahabat dalam mempertahankan agama Islam yang tercinta. Bukit yang kemerahan ini menjadi saksi gugurnya para syahid yang bakal menjadi penghuni syurga, termasuklah dari kalangan syahid tersebut bapa saudara baginda Rasulullah, Hamzah Asadullah. Di situ juga terdapatnya makam para syuhada'. Semoga mereka mendapat tempat yang mulia seperti yang dijanjikan Allah kepada hambaNya yang berjihad di landasan Islam. Bukit ini juga akan berada di akhirat nanti dengan jelmaan keemasan..Subhanallah!
Sinonim dengan namanya Madinah, memang tidak terlepas dari dikaitkan dengan kurma yang subur dan lazat. Kami dibawa melawat Pasar Kurma dan banyak juga yang diborong di sana. Ada dijual jus kurma, Coklat kurma, serta Kurma yang paling sedap dan mahal iaitu kurma Ajwah atau dikenali sebagai Kurma nabi.
Hari kami tidak berakhir begitu sahaja..kami juga dibawa melawat Kilang al-Quran yang terbesar di dunia. Walaupun tiada di dalam jadual lawatan, alhamdulillah, dapat juga rasa pengalaman ke kilang yang mencetak al-Quran dari yang kecil-kecil hinggalah sebesar-besar al-Quran..di tempat ini, kaum muslimin sahaja dibenarkan masuk. Selepas lawatan di dalam kilang, Setiap jemaah akan mendapat senaskhah al-Quran secara percuma. Naskhah itu boleh disedekahkan ke Masjid Nabawi kerana Masjid Nabawi hanya menerima al-Quran dari kilang tersebut sahaja.

Pada hari kedua terakhir di Madinah, ana dan ma bercadang untuk membuat Ziarah Wada' pada malam itu juga. Alhamdulillah, sempat juga masuk ke Raudhah buat kali terakhir setelah lebih kurang sejam juga beratur menunggu giliran masuk ke Raudhah..Semasa di muka pintu Raudhah, ada pula makcik ni (tidak dikenali dari mana..) menghadap kami yang sedang menunggu giliran dan kemudiannya mengangkat takbir untuk solat betul-betul menghadap kami. Semua yang ada di situ terpinga-pinga sehinggalah ada seorang wanita yang menjaga Raudhah membetulkan kiblat wanita tadi. Nak gelak, tapi tak baik pulak..kesian juga dengan makcik tu.nyanyuk agaknya..huu
Di Raudhah juga ana sempat mengucapkan salam dan selawat keatas baginda Rasulullah..kepada sesiapa yang dah meminta ana untuk menyampaikan salam kepada Baginda Rasulullah, insyaAllah, takde yang tertinggal.^^ jangan risau...Semoga kita semua berpeluang untuk ke sana.kpd yang sudah berpengalaman, semoga diberi kesempatan untuk sampai ke bumi Madinah sekali lagi.Aminn...



Sampai di sini dulu coretan Umrah dan Ziarah ana..To be continued,insyaAllah...jika panjang umur ^^
  

Comments

Popular Posts