Purdah ataupun tidak??

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum w.b.t...sihat semua? moga-moga sentiasa sihat wal a'fiat,insyaAllah..
Nak berkongsi sedikt mengenai artikel yg ana temui semasa "meneroka" Masjidil Azhar,KUIS di bahagian muslimat..Artikel tersebut amat menarik perhatian ana.ini antara isi-isinya...

 Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam:

1. Mazhab Syafie’: 

Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)

2. Mazhab Hanbali: 

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Pendapat ke dua : Semua anggota.

3. Mazhab Hanafi: 
Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.

Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.

4. Mazhab Maliki: 

Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.



-----menurut pendapat-pendapat ini, adalah sahih setiap Muslimat perlu menutup semua anggota, kecuali muka dan tapak tangan..tapi ana sendiri masih tertanya-tanya maksud "jika mendatangkan fitnah wajib ditutup".Apa pendapat saudara saudari sekalian? Ada dalil-dalil yang boleh dikongsikan? ^^-------





Comments

Popular Posts