Mengapa Islam Pilihanku..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, dapat juga ana dan sodiqati menghadiri satu Forum Perdana di Masjidil Azhar,KUIS pada tanggal 12 Muharram 1433H bersamaan 7 Disember 2011. Terdetik pula dihati untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu atau input yang ana dapat sepanjang Forum tersebut. InsyaAllah,akan ana ceritakan dalam entri kali ini.


Ahli panel terdiri daripada Al-Fadhil Ustaz Rozie bin Rejab (pensyarah KUIS) dan Ustaz Ann Wan Seng dari PERKIM. Moderator pula ialah Akhi Saifullah,Presiden ALAM (Al-Azhar Members). Forum dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran dan tadabbur oleh Ustaz Rozie yang sgt menusuk qalbu ana. Sesuailah dengan title ustaz yang merupakan juara Tilawah Al-Quran Interaktif (sebuah program di TV1). Ayat yang dialunkan ialah daripada Surah Ali Imran:189-194 yang bermaksud,
"Dan kepunyaan Allah jualah kerajaan langit dan bumi, dan Allah adalah al-Qadir (Maha Kuasa) atas segala sesuatu."
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir)."
"(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesiapa yang Engkau (Allah) masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau (Allah) telah hinakan dia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang penolong.”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman (iaitu seruan): ‘Berimanlah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu’, maka kami (langsung) beriman. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan masukkan kami bersama ‘abrar’ (orang yang berbakti).”
“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau (Allah) telah janjikan kepada kami melalui para rasul Engkau (Allah), dan janganlah Engkau (Allah) hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau (Allah) tidak menyalahi janji.” 



 Ustaz Ann Wan Seng
Ustaz Rozie bin Rejab

Pada awalnya, Ustaz Rozie membangkitkan soal akidah. dengan persoalan, Adakah kita akan tetap memilih Islam sekiranya lahir dalam keluarga bukan Islam? Kita perlu fahami Tasawwur Islam, bukan melalui org Islam. Kerana sesetengah org Islam tidak mengambil Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan mereka. Agama yang kita anuti sekarang, iaitu ISLAM adalah tidak bertentangan dengan akal, fitrah perangai keinginan manusia, serta teori-teori yang tidak mustahil untuk dipraktikkan. Sebagai contoh, Islam tidak menghalang kita berkahwin meskipun kita ingin beribadat dengan sepenuh hati, tidak seperti agama lain. pope,sister,sami dan sebagainya tidak dibenarkan berkahwin, walhal perkahwinan itu lumrah, perasaan menyayangi adalah lumrah setiap manusia di dunia ini. Pernah juga seorang katolik mendatangi seorang ustaz dan bertanya,"Kenapa Islam pilihan Ustaz? Allah itu x adil.Kerana saya bukan Islam, jika saya mati, mesti akan masuk ke dalam neraka"..Jawapannya,"Sebenarnya,kamu lagi beruntung.Kalau nanti saya ditanya, bila saya masuk Islam? Matilah saya nak jawab.Tapi jika kamu masuk Islam dan ditanya diakhirat kelak,kamu ada saksi yg mengatakan kamu Islam, tarikh masuk Islam dan sebagainya. Mungkin saya sudah dekat untuk memasuki syurga, namun jika kamu tiba-tiba mendakwa saya tidak menyebarkan Islam kepada kamu, maka nerakalah saya."


(Alhamdulillah,selesai qiam dan solat subuh berjemaah di Masjidil Azhar dalam program PERSIS) ok,continue...


Ustaz Ann Wan Seng pula sudah 15 tahun menganut Islam. Pada mulanya, sememangnya beliau mendapat tentangan hebat drpada keluarga kerana mereka x memahami Islam.Mereka x paham kenapa babi, arak dan anjing haram di dalam Islam. malahan sesetengah org bukan Islam menganggap org Islam adalah terrorist, pengganas. Terdapat juga org Islam yang memperjuangkan bangsa, bukan agama. Kerana Nabi Muhammad saw menyabut "Ummati..Ummati..Ummati..." dan bukannya "bangsaku..". Ada yang agama sahaja Islam, tapi tidak memahami apa itu Islam yang sebenarnya. Beliau juga menyentuh sedikit sebanyak mengenai Hukum HUDUD. Hukum daripada Allah ini adalah yang terbaik. Org Islam ramai juga yang tidak memahami hudud (org Islam pun same..ramai je yg x paham hudud, tp nk jgk ckp pasal hudud). Hukuman Sebatan di dalam hudud bukanlah pada bahagian punggung, tetapi di bahagian belakang atas punggung supaya tak menanggung kesakitan sehingga x boleh duduk, contohnya nak duduk antara dua sujud dalam solat pun x boleh. syarat bagi hukuman rotan pula,ialah org yang merotan tidak boleh mengangkat tangannya melebihi paras bahu (bandingkan dengan hukuman rotan negara kita) dan insyaAllah kini dan selama2nya, tidak ada orang yang mati kerana sebatan di dalam Islam. bagi hukuman pancung, apabila dipancung, perlu kena pada 3 urat utama di leher supaya tidak menanggung kesakitan berpanjangan sebelum habis nyawanya, dan pancung juga bukanlah bermakna keseluruhan leher dipotong, hingga tercabut kepala dari badan. Setiap yang diperintahkan Allah ada hikmahnya. Tetapi masih ada yang berkira-kira, mengatakan hukum Allah itu zalim. Siapa yang zalim sebenarnya? Yang mengatakan Allah itu zalim sebenarnya adalah zalim kepada dirinya sendiri.

Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman,
"Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka."

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Ustaz Rozie :

  • Ramai org Islam yang salah anggap kepada ayat "La ikraha fiddin.." (al-Baqarah:156)
  • yang merosakkan agama-agama di dunia ini kebanyakannya org Yahudi. Tapi ada org Islam sendiri yang merosakkan Islam dengan menggunakan ayat ini, sedangkan ayat ini adalah merujuk kepada org bukan Islam sahaja, bukannya bermaksud org Islam bebas untuk melakukan maksiat dan sebagainya.
  • Pernah juga Ustaz ke Korea, dan di sana seorang kawan ustaz yang merupakan org Korea bertanya kenapa ustaz x makan daging di sana meskipun daging itu bukan daging babi. Dijelaskan bahawa org Islam hanya makan daging yang ketika disembelih disebutkan basmalah. Perlu juga menggunakan pisau yang tajam dan bukan dari jenis yang stainless steel ataupun yang boleh di oxidise. Ketika disembelih, perlu putus urat utama. supaya sebelum otak haiwan mati, diberi signal kepada jantung untuk mengepam darah . jadi, darah kotor akan keluar dari urat tempat disembelih tadi..Bukankah islam itu indah?
Forum diakhiri dengan penjelasan Ustaz Ann Wan Seng tentang kepentingan dakwah kerana semakin ramai yang tersesat akidahnya sehingga wujud black metal dan golongan yang makan sampah serta pelbagai lagi jenis pemujaan syaitan. Ustaz juga mempromosikan buku yang dikarangnya dan pelajar boleh dapatkan tandatangan beliau di akhir forum. ^.^

Sekian.

Comments

Popular Posts