Cintailah Illahi~~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Cinta ini kusandarkan setulusnya kepada Rasulullah S.A.W. dalam meneruskan perjuangan dakwah Baginda kepada seluruh Umat. 

Firman Allah S.W.T:
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal)."
Al-Baqarah : 165

bagaimana pula untuk mendapat kemanisan iman? Kadang-kadang hati terlalu keras untuk menerima kebenaran atau nasihat daripada seseorang. Ego yang sangat kuat boleh menyebabkan kita mundur dan selalu terkebelakang sama ada dalam hal duniawi atau ukhrawi. Apa yang patut kita benci? apa yang patut kita sayangi? 

Diriwayatkan daripada Anas bin malik "Tiga perkara apabila ada pada seseorang, maka dia mendapat kemanisan iman, dia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan dia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka."

Subhanallah, moga kita memperoleh kemanisan iman yang tiada tara..bahagia di dunia dan di akhirat. Ramai yang mencari kebahagiaan dunia, akhirnya buntu dalam pencarian. Dipamerkan kepada manusia sejagat seolah-olah dia bahagia, seperti seorang raja yang banyak harta dan dapat memperoleh segala-galanya. Rupa-rupanya sandiwara yang dipamerkan itu dapat dibaca oleh orang Mukmin yang betul-betul sudah merasai kemanisan iman, Mukmin yang jasadnya sentiasa akur pada yang Esa. Tidak perlu kereta mewah ataupun rumah yang sebesar istana untuk mengecapi Cinta sejati..Cukuplah dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya.
"carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi." 
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


Oleh itu, dalam menggapai Redha Illahi, setiap perbuatan, lafaz dan niat harus kembali kepada Allah swt. Begitu juga dalm mencintai seseorang atau dalam persahabatan. Apalah makna Uhibbuki Fillah yang selalu kita lafazkan, jika niat sebenar bukanlah untuk mencari Redha Allah. Ana sememangnya tidak layak untuk me'lecture' orang lain dengan iman dan pengalaman secebis ini. hehe..sekadar melunaskan tuntutan dakwah keatas diri. ^_^ 
renung-renungkan dan selamat beramal!! Jzkk

Comments

Popular Posts